Piala AFF: Myanmar Pertaruhkan Bintang Selangor Buru Kejuaraan

Piala AFF 2022

Pencabar kejuaraan Piala AFF 2022, Myanmar bakal mengambil pendekatan menggunakan setiap pemain terbaik yang dimiliki mereka untuk membolehkan kejuaraan dibawa pulang.

Hal ini selepas pengendali Myanmar, Antoine Hey, mendedahkan yang beliau akan memanggil kesemua lima anak watan negara itu yang beraksi di luar negara untuk Piala AFF kelak.

Lima pemain tersebut termasuklah pemain sayap Selangor iaitu Hein Htet Aung yang sering menjadi watak utama dalam kesebelasan kelab Lembah Klang itu.

Persembahan dan minit permainan yang mencukupi diperoleh Htet Aung berjaya membolehkan pemain itu dipanggil untuk membarisi skuad Myanmar padA akhir tahun ini.

Selain daripada Htet Aung, Hey juga memanggil empat lagi nama yang kesemuanya berpengkalan di Thailand iaitu Mg Mg Lwin (Lamphun Warrior), Zaw Min Tun (Chonburi), Aung Thu (Burriram United) dan juga Hein Phyo Win (Ratchaburi).

Namun begitu, Hey hanya akan memperoleh empat sahaja pemain Myanmar yang beraksi di luar negara untuk Piala AFF kelak apabila Min Tun memilih untuk menolak panggilan skuad kebangsaan.

Hal ini disebabkan kerana Min Tun ingin memberikan laluan kepada pemain muda bagi menanggotai skuad Myanmar.

Untuk rekod, Min Tun kini sudah berusia 30 tahun ingin memberikan laluan kepada pertahanan yang lebih muda bagi menimba pengalaman ditambah dengan Piala AFF diadakan diluar kalendar FIFA jadi tiada masalah untuk beliau tidak menyertainya.

Myanmar diletakkan dalam kumpulan B bersama-sama Malaysia, Singapura, Laos dan Vietnam untuk saingan Piala AFF 2022.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN