Piala AFF: Indonesia Goyah Terlepas Khidmat 2 Bintang Pertahanan Utama

Semalam, Indonesia telah pun menyenaraikan 23 barisan pemain mereka yang akan membawa cabaran untuk merebut kejuaraan Piala AFF 2022 beberapa hari lagi.

Menerusi persiapan yang dibuat sejak sekian lama sebelum itu, jelas Indonesia mempunyai sasaran tersendiri untuk tampil selaku pencabar utama seperti tahun lalu.

Unuk rekod, pasukan itu muncul sebagai finalis Piala AFF tahun lalu, dan pengendali kelab mereka iaitu Shin Tae-yong pastinya mahu memenuhi jangkaan para peminat untuk membawa Indonesia dengan kelas tersendiri.

Walaupun begitu, persiapan mereka sebenarnya sedikit terbantut selepas Tae-yong terpaksa menerima hakikat beliau kehilangan dua tonggak utama untuk saingan kali ini.

Kedua pemain tersebut beraksi di posisi pertahanan dan kemungkinan besar tidak dapat menyertai Indonesia kerana tidak dilepaskan oleh kelab masing-masing.

Mereka yang tidak dapat menyertai ialah Elkan Baggott dan juga Sandy Walsh yang masing-masing beraksi di posisi pertahanan untuk skuad kebangsaan.

Sebelum ini, Baggott telah pun menyatakan beliau akan menyertai kem latihan pusat Indonesia untuk membantu skuad kebangsaan tersebut memperkukuhkan pertahanan.

Namun, situasi semasa menyaksikan ianya agak sukar untuk pemain tersebut tampil di Indonesia setelah berdepan jadual perlawanan yang agak padat.

Selain berdepan aksi saingan liga yang agak padat, Baggott bersama rakan sepasukan juga bakal mengharungi aksi Carabao Cup untuk membuat perhitungan bersama Wolverhampton Wanderers pada 21 Disember ini.

Walsh yang menjadi pemain warisan baharu Indonesia juga mengalami masalah yang sama seperti Baggott, selepas pemain ini terpaksa pulang ke kelabnya di Belgium, walaupun sebelum ini telah menyertai kem latihan pusat skuad kebangsaan.

Pada masa sama, Indonesia juga terlepas khidmat seorang lagi calon pemain warisan mereka selepas tidak sempat didaftarkan lagi iaitu Shayne Pattynama kerana masih dalam proses melengkapkan status kewarganegaraan.

Namun begitu, mereka bernasib baik selepas tonggak-tonggak lain yang sebelum ini beraksi di luar negara seperti Witan Sulaeman, Saddil Ramdani, Pratama Arhan, Asnawi Mangkualam, dan Egy Maulana Vikri berjaya didaftarkan untuk membawa cabaran Piala AFF 2022.

Untuk menambahkan rasa gembira penyokong Indonesia, mereka juga telah dibenarkan untuk hadir ke stadium bagi memberi sokongan buat pasukan kebangsaan dengan jumlah tiket dikeluarkan agak terhad.

Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) menyatakan mereka akan mula menjual tiket tersebut pada 23 Disember dengan empat jenis harga akan diperkenalkan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN