‘Magis Messi’ – Carian Google Capai Trafik Tertinggi Semasa Final Piala Dunia 2022

Final Piala Dunia 2022

Pertembungan epik Lionel Messi dan Kylian Mbappe dalam pentas tertinggi final Piala Dunia 2022 yang mempertemukan Argentina dan Perancis tempoh hari telah memecahkan rekod baharu dalam senario bola sepak global.

Ketua pegawai eksekutif Google, Sundar Pichai dalam ciapannya di Twitter mengumumkan topik mengenai final Piala Dunia telah mencapai carian tertinggi dalam 25 tahun era digital.

Angka carian google yang tinggi itu membuktikan tentang keterujaan masyarakat di seluruh dunia. Ia juga sebagai petunjuk awal kepada rekod tontonan yang akan diumumkan tidak lama lagi.

Google menerusi enjin pelayarnya telah menyediakan data setiap perlawanan yang turut memaparkan keputusan perlawanan selain perincian  penting lain seperti tarikh, barisan pemain serta statistik.

Pengguna peranti mudah alih juga boleh menetapkan notifikasi  dengan mengetik ikon loceng bagi mendapatkan maklumat terkini pasukan kegemaran mereka.

Pusingan akhir Piala Dunia 2022 yang berlangsung di Qatar telah dianggap sebagai edisi terbaik dalam sejarah penganjurannya kerana sarat dengan kejutan dan menjadi pentas yang menobatkan Messi sebagai pemain terbaik dunia sepanjang zaman.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN