Piala AFF B-23: Tidak Boleh Bersentuhan Rai Gol, Wajib Pakai ‘Mask’ Dan Denda RM42K Nanti Pasukan Ingkar Peraturan

Tidak dibenarkan meraikan gol sehingga menyebabkan kontak di antara pemain, dan wajib memakai pelitup muka (mask) ke mana sahaja selain ketika latihan dan perlawanan adalah antara peraturan yang diperketatkan oleh jawatankuasa penganjur Piala AFF B-23 di Kemboja.

Jawatankuasa penganjur kejohanan mengambil langkah memperketatkan peraturan sedia ada selepas peningkatan kes di kalangan pemain daripada pasukan bertanding.

Semalam Myanmar disahkan terpaksa menarik diri daripada kejohanan selepas tidak memiliki cukup pemain beberapa jam menjelang perlawanan menentang Malaysia.

Indonesia pula terpaksa menarik diri sebelum kejohanan bermula disebabkan masalah sama, dan kem Singapura juga turut melaporkan beberapa pemain diuji positif Covid-19.

Menurut peraturan yang diedarkan oleh penganjur kejohanan semua pemain dan pegawai wajib memakai pelitup muka dalam semua aktiviti yang disertai. Mereka hanya dibenarkan membuka pelitup muka ketika latihan dan perlawanan.

Sekiranya didapati gagal mematuhi peraturan tersebut, pasukan tersebut berhadapan dengan denda sebanyak USD 10,000 atau bersamaan dengan RM42,000.

Selain itu setiap pasukan harus menjalani ujian saringan menggunakan Rapid Test Kit Antigen (RTK-Antigen) sebelum perlawanan. Mana-mana pemain yang mengalami simptom seperti batuk, demam, atau sakit tekak pula perlu memaklumkan kepada doktor pasukan masing-masing sebelum melaporkannya kepada pihak penganjur untuk tindakan susulan.

Pemain atau pegawai yang didapati positif akan diuji lebih lanjut. Hanya sekiranya mereka memperolehi dua keputusan negatif, barulah mereka dibenarkan mengikuti aktiviti lain secara normal.

Pada hari perlawanan, suhu badan pemain juga akan diambil beberapa jam sebelum perlawanan. Pemain yang mempunyai suhu di atasi 37.5 C akan diasingkan selama 10 minit sebelum suhu diambil semula. Sekiranya tiada perubahan, pemain tersebut tidak dibenarkan untuk mengambil bahagian dalam perlawanan dan akan terus diasingkan untuk tujuan pemantauan.

Beberapa peraturan lain ketika perlawanan turut diperketatkan. Antaranya pemain dilarang berpelukan ketika meraikan jaringan, dilarang meludah, dilarang berjabat tangan dan tidak dibenarkan saling bertukar jersi.

Pemain simpanan dan pegawai pasukan di kawasan teknikal juga harus sentiasa memakai pelitup muka.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN