‘Kemajuan Teknologi Digital’ – MFL Umum Syarikat Pelaburan Kripto, Luno Sebagai Penaja Liga Super dan Piala Malaysia 2022

MFL Luno

Malaysia Football League (MFL) mengumumkan kerjasama dengan Luno, syarikat tukaran aset digital (DAX) pertama di Malaysia sebagai rakan penaja bersama rasmi Liga Super dan Piala Malaysia 2022.

Pengumuman itu dibuat sendiri oleh Ketua Pegawai Eksekutip MFL, Stuart Ramalingam dalam sesi sidang media Majlis Pengumuman Penajaan Liga Malaysia 2022 yang berlangsung di 1 Powerhouse, Petaling Jaya.

Perjanjian kerjasama selama setahun merangkumi pelbagai hak penjenamaan termasuk papan iklan di tepi padang, penggunaan logo kelab serta imej pemain, dan pengaktifan jenama di stadium.

“Hari ini ialah hari yang bersejarah untuk bola sepak Malaysia di mana kita mengalu-alukan kerjasama rakan era baru yang membawakan imej menarik kepada Liga Malaysia dan capaian yang ditawarkan oleh Liga Malaysia kepada jenama-jenama komersial,” ujar Stuart.

“Saya ingin mengalu-alukan rakan MFL yang terbaru iaitu Luno, bursa aset digital yang dikawal selia pertama dan terkemuka di Malaysia yang menawarkan sebuah platform selamat untuk rakyat Malaysia mula melabur dalam kriptowang.

“Memandangkan dunia telah pun menerima kriptowang, kerjasama ini telah membuka masa depan yang serba baru untuk keluarga rakan MFL dengan kerjasama yang amat luar biasa ini.

“Terima kasih Luno atas keyakinannya terhadap bola sepak Malaysia dan mempercayai kami untuk membantu mengangkat jenamanya dan kesedaran mengenai produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Luno.”

Kerjasama dengan MFL ini menandakan kemasukan pertama Luno ke dalam industri sukan tempatan. Luno komited untuk menyokong arena bola sepak tempatan menerusi aktiviti interaktif di antara kelab, pemain dan komuniti bola sepak.

Pada masa sama, Luno turut menyokong usaha untuk mempromosikan bola sepak Malaysia dengan harapan untuk menaikkan lagi prestij bola sepak kebangsaan. Luno merancang untuk menjalinkan lebih banyak lagi kerjasama dengan rakan tempatan selaras dengan sasaran syarikat itu untuk mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai bursa aset digital yang dikawal selia terkemuka di Malaysia.

Tambahan pula, kerjasama ini adalah sebahagian daripada usaha Luno untuk meningkatkan kesedaran mengenai kriptowang di kalangan rakyat Malaysia, mendemokrasikan akses kepada pasaran kriptowang dan menambah baik inisiatif celik kewangannya kepada khalayak yang lebih meluas.

Sementara itu, Pengurus Negara Luno Malaysia, Aaron Tang menjelaskan kerjasama antara Luno dan MFL  merupakan satu detik besar bagi pihaknya dan ia merupakan kerjasama pertama mereka dengan organisasi yang mengendalikan kejohanan bola sepak di Malaysia.

“Liga Malaysia mempunyai lebih 13 juta peminat, maka kerjasama ini memberikan peluang besar kepada kami untuk melibatkan diri dengan khalayak yang baru dan mengangkat profil jenama kami di kalangan rakyat Malaysia yang mungkin berminat untuk menerokai dunia kriptowang,” katanya.

Sebagai salah satu daripada perjanjian dalam kerjasama ini, Luno akan menganjurkan sesi eksklusif yang menampilkan pakar industri di mana para peminat boleh mempelajari lebih banyak lagi mengenai celik kewangan bersama pemain bola sepak kesukaan mereka.

Luno juga akan menyediakan sesi pendidikan mengenai aset digital kepada pemain bola sepak Malaysia dan pihak MFL. Matlamat Luno adalah untuk mempromosikan sebuah persekitaran kondusif di mana rakyat Malaysia boleh melabur dalam aset digital dengan cekap dan bertanggungjawab.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN