Penyerang berbisa Malaysia bawah 23 (B-23), Alif Ikmalrizal berkemungkinan besar bakal diletakkan sebagai sandaran utama di posisi hadapan negara dalam misi untuk melayakkan diri ke final Piala AFF B-23 petang ini.
Malaysia kini semakin hampir untuk memenuhi sasaran yang ditetapkan iaitu melayakkan diri ke final saingan tersebut selepas cemerlang ketika aksi lalu bertemu Timor Leste.
Hari Perlawanan | Khamis, 24 Ogos 2023
Separuh Akhir • Kejuaraan B-23 AFF 2023
⚽️ MALAYSIA 🇲🇾 🆚️ 🇻🇳 VIETNAM
🕓 4:00pm (TH) 🕔 5:00pm (MY)🏟️ Stadium Rayong Provincial, Thailand
📺 Siaran langsung di @tv_okey & Sukan RTM https://t.co/d5vjqVOY5i #FAM #HarimauMalaya #AFFU23 pic.twitter.com/UCKw0EpTqn— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) August 24, 2023
Panggilan pertama Alif bersama skuad kebangsaan jelas bermula dengan sangat positif, selepas impak diberikan beliau jelas sangat positif selaku peledak berbisa harapan negara.
Bawah kendalian E. Elavarasan, Alif mencipta penampilan sulung untuk aksi kedua peringkat Kumpulan B selepas kelibat beliau tidak dimasukkan bagi perlawanan pertama ketika bertemu Indonesia.
Hasilnya, Alif berjaya membalas kepercayaan Elavarasan menerusi dua gol diledak penyerang dari Penang itu selain satu bantuan jaringan turut dihasilkan dirinya buat Malaysia.
Selain memiliki ketajaman cukup bagus di hadapan gol, Alif juga memiliki kemampuan sangat baik untuk melepasi pertahanan lawan serta berada di kedudukan cukup bagus bagi menerima umpanan daripada rakan sepasukan.
Gandingannya bersama Aliff Izwan pada aksi lalu jelas mendapat reaksi cukup positif dalam kalangan peminat menerusi persefahaman ditampilkan kedua penyerang tersebut dan pastinya diharapkan untuk aksi petang ini bertemu Vietnam.
Pada aksi separuh akhir bertemu Vietnam petang ini, cabaran yang bakal dilalui oleh skuad Elavarasan pastinya berbeza kerana lawan dilihat memiliki reputasi cukup besar untuk saingan tersebut di peringkat kumpulan.
Antara posisi perlu diperkemaskan skuad kebangsaan petang ini pastinya terarah kepada barisan pertahanan yang dilihat sangat longgar sejak dua aksi lalu.
Sehingga dua perlawanan diharungi Malaysia, mereka telah pun melepaskan dua jaringan yang dianggap sangat mudah atas kesilapan dibuat sendiri oleh para pemain dalam petak penalti.
Selain itu, sudut kreativiti negara dalam mencipta serangan juga dianggap sebagai satu masalah masih sukar diatasi, setelah setiap gerakan cuba dijana kadangkala mudah dibaca oleh lawan.
Alif Ikmalrizal Anuar ⚽️ 5' ⚽️ 64' 🔥🔥
TIMOR-LESTE 🇹🇱 1-3 🇲🇾 MALAYSIA#FAM #HarimauMalaya #AFFU23 pic.twitter.com/4ibchmeT7W
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) August 22, 2023
Ianya dibuktikan sendiri ketika aksi lalu bertemu Timor Leste, selepas para pemain lebih mengharapkan kepada kemampuan secara individu untuk menghasilkan gol tanpa gerakan-gerakan berpasukan lebih tersusun.
Apapun, diharap segala kelemahan tersebut dapat diatasi segera dan para pemain mampu hadir dengan lebih bersedia untuk berdepan Vietnam, supaya misi ke final dapat direalisasikan.