Piala AFF B-18: Malaysia Mara Ke Final, Atasi Indonesia Dalam Perlawanan Dramatik

Separuh akhir Piala AFF B-18 yang pertama adalah menemukan Malaysia dengan Indonesia. Perlawanan dilangsungkan di Binh Duong Stadium, Ho Chi Minh City, dengan kondisi padang yang agak teruk.

Malaysia memulakan ancaman menerusi gerakan licik Luqman Hakim dengan meloloskan diri di ‘byline’ kanan. Hantaran beliau mencetuskan keadaan kelam kabut di hadapan pintu gol Indonesia.

Namun Indonesia berjaya mengeluarkan bola dan melancarkan serangan balas menerusi Mochamad Supriadi. Pemain pertahanan Malaysia, Aidil Azuan melakukan faul taktikal untuk menghentikan gerakan Supriadi. Aidil dihadiahkan kad kuning.

Minit ke-13, Supriadi sekali lagi menggunakan kepantasan beliau untuk mengancam pertahanan Malaysia. Kali ini beliau memaksa penjaga gol Malaysia, Sikh Izhan keluar daripada kotaknya untuk melakukan ‘sweeping’.

2 minit kemudian, Amiruddin Bagus Kahfi Alfikri, melakukan putaran badan di dalam kotak penalti dan merembat. Mujurlah bola itu sedikit tersasar.

Pada minit ke-19, berpunca daripada sepakan percuma Muhammad Mukhairi Ajmal yang terbias pada pertahanan Indonesia, Aiman Afif menyambar bola di hadapan gol.

Seminit kemudian, Malaysia melakukan ancaman ke arah gol dan menyaksikan 2 kali bola ‘woodwork’. Percubaan Muhammad Azam Azmi terkena tiang dan percubaan oleh Luqman Hakinm terkena palang.

Sikh Izhan cemerlang menafikan percubaan oleh Ahmad Zikri yang terbias pada pemain Malaysia.

Minit ke 37, Amiruddin Bagus Kahfi Alfikri sekali lagi berpeluang menyamakan kedudukan, namun percubaan beliau tersasar. Amiruddin juga turut terlibat dalam ciptaan peluang pada minit ke-40. Namun dikeluarkan oleh pertahanan Malaysia.

Selepas mendominasi sebahagian besar perlawanan dalam 10 minit terakhir, Indonesia akhirnya menyamakan kedudukan menerusi Beckham Putra Nugraha dengan menyambar bola di hadapan penjaga gol.

Separuh masa pertama berakhir 1-1.

Malaysia memulakan separuh masa kedua dengan serangan ke arah lawan. Luqman Hakim mendapat peluang gol namun gagal menyudahkannya.

Dan pada minit ke-54, Luqman Hakim melakukan rembatan deras dari luar kotak penalti yang menjunam ke penjuru rendah sebelah kiri penjaga gol. Malaysia di hadapan sekali lagi 2-1.

Selepas itu, tempo perlawanan agak rendah. Ada ramai pemain yang mulai keletihan daripada kedua dua pasukan.

Ketika perlawanan berbaki 10 minit, Malaysia dibolosi. Ianya berpunca daripada gerakan kombinasi yang disudahkan oleh Muhammad Fajar Fathur.

2 minit kemudian, Muhammad Salman Alfarid, meletakkan Indonesia di hadapan. Ianya berpunca daripada serangan balas.

Kurang seminit selepas itu, Malaysia diberikan sepakan penalti. Pemain gantian, Muhd Muslihuddin Atiq dijatuhkan oleh
Alfeandra Dewangga.

Kapten, Harith Haiqal berjaya mengatasi tekanan dengan tenang merembat bola ke sudut bawah sebelah kiri penjaga gol.

Perlawanan 90 minit berakhir dengan kedudukan 3-3 diheret ke masa tambahan 30 minit.

Dalam pertarungan masa tambahan 30 minit Malaysia mendahului pada minit ke-98, sekali lagi menerusi Harith Haikal. Harith melakukan tandukkan terbang yang keras untuk meletakkan Malaysia kembali di hadapan.

Tersentak dengan jaringan itu, Indonesia menggandakan usaha untuk mencari gol penyamaan. mereka mendapat beberapa peluang namun ketumpulan penyudah menjadi halangan utama.

Tamat perlawanan Malaysia menang 4-3, sekaligus mara ke pentas final Piala AFF B-18

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN