Tidak Sukar Untuk Andy Lonergan Terima Tawaran Liverpool

Penjaga gol baharu Liverpool, Andy Lonergan berkata ianya bukannya satu keputusan yang sukar untuk menyertai kelab tersebut.

Beliau kini menjadi penjaga gol pilihan ketiga di Liverpool di belakang Alisson Becker dan juga Adrian.

“Hanya ada satu saja jawapan untuk tawaran daripada kelab seperti Liverpool iaitu berkata ya kepada tawaran mereka.”

“Saya mula mendapat panggilan selepas Alisson mengalami kecederaan, malang untuk beliau.”

Kecederaan yang ditanggung oleh Alisson pada perlawanan pertama Premier League antara Liverpool dan Norwich City memberi ruang kepada seorang lagi penjaga gol baharu, Adrian mengawal gawang mereka.

Namun selepas aksi UEFA Super Cup di Istanbul, Adrian mengalami kecederaan selepas dicederakan oleh penyokong sewaktu meraikan kemenangan mereka.

Kini, Lonergan berpeluang untuk memulakan karier beliau sebagai penjaga gol Liverpool ketika mereka berkunjung ke Southampton.

Pengurus The Reds, Jurgen Klopp memberikan bayangan pemain itu akan beraksi dengan seorang penjaga gol muda iaitu Caomhin Kelleher.

“Lonergan sudah bersedia dengan Caomhin Kelleher turut sudah mula berlatih.”

“Jika kita perlu buat keputusan, maka kita akan buat keputusan.”

Lonergan menerima kontrak selama semusim dari Liverpool selepas menghabiskan majoriti kariernya divisyen bawahan England.

Leave a Reply