Piala AFF 2022: Thailand Peroleh Habuan Keseluruhan Lebih RM4.3 Juta, Berapa Hadiah Untuk Malaysia?

Thailand AFF

Hadiah bernilai lebih $1 juta (RM4.3 juta) menjadi milik pasukan bola sepak Thailand selepas menjuarai Piala AFF 2022 dengan menewaskan Vietnam 3-2 secara agregat pada perlawanan akhir pada Isnin.

Menurut sumber SiamSport, jumlah tersebut dikira daripada habuan daripada pelbagai sumber bermula dengan wang kemenangan daripada Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) yang bernilai $300 ribu (RM1.3 juta) untuk juara edisi kali ini.

Seterusnya adalah pakej hadiah sejumlah $150 ribu (RM650 ribu) selepas skuad Gajah Perang berjaya melepasi saingan peringkat kumpulan dan $150 ribu (RM650 ribu) lagi setelah berjaya menewaskan Malaysia di separuh akhir.

Pengurus pasukan yang juga hartawan Thailand, Nualphan Lamsam atau lebih dikenali sebagai Madam Pang turut menyumbang sebanyak $600 ribu (RM2.6 juta) kepada seluruh anggota skuad tersebut.

Seterusnya adalah sumbangan individu dan korporat melalui Presiden Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT), Somyot Poompanmoung dengan jumlah terkumpul sebanyak $150 ribu (RM650 ribu).

Bonus $10 ribu (RM43 ribu) turut dimenangi Theerathon Bunmathan yang dinobat selaku Pemain Paling Bernilai (MVP) kejohanan dan $5 ribu (RM 21 ribu) buat Teerasil Dangda yang muncul penjaring terbanyak kejohanan bersama penyerang Vietnam, Nguyen Tien Linh.

Malaysia dan Indonesia yang terkandas di separuh akhir tidak pulang dengan tangan kosong selepas menerima saguhati berjumlah $50 ribu (RM216 ribu).

Setakat ini tiada juga sumber terbuka mendedahkan sama ada skuad Harimau Malaya mendapat saguhati tambahan daripada mana-mana pihak.

Vietnam selaku naib juara pula memperoleh hadiah berjumlah $100 ribu (RM427 ribu). Tiada sebarang bayaran bonus diberikan kepada pasukan yang terkandas di peringkat kumpulan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN