Piala AFF 2022: Pengendali Indonesia Tak Kisah Berdepan Malaysia Atau Vietnam Di Separuh Akhir

Pengendali Indonesia iaitu Shin Tae-yong menegaskan beliau tidak kisah untuk berdepan Vietnam atau Malaysia, jika mereka layak mara ke pusingan separuh akhir Piala AFF 2022.

Ketika ini, baik Malaysia atau Indonesia kedua pasukan tersebut perlu menunggu sehingga ke perlawanan terakhir peringkat kumpulan untuk menentukan jika mereka layak atau tidak ke pusingan separuh akhir.

Indonesia akan berhadapan cabaran terakhir mereka di peringkat kumpulan untuk menentang Filipina di Manila pada hari ini dan perlawanan tersebut dianggap sangat getir buat skuad Sang Garuda.

Jika skuad kendalian Tae-yong meraih juara Kumpulan A, mereka berpeluang untuk bertemu naib juara Kumpulan B iaitu Malaysia atau Singapura menerusi penentuan terakhir nanti.

Namun, sekiranya mereka tampil sebagai naib juara, Indonesia bakal membuat perhitungan bersama Vietnam yang sudah pun mengesahkan diri selaku juara Kumpulan B yang dianggap sangat getir.

“Saya tak peduli langsung tentang aksi separuh akhir yang mungkin akan kami hadapi nanti untuk bertemu Malaysia atau Vietnam.

“Apa yang pasti, kami akan bertemu pasukan kuat untuk aksi separuh akhir atau final nanti. Ketika ini fokus diberikan untuk perlawanan menentang Filipina,” jelas Tae-yong menerusi Bola.com.

Untuk mencatat keputusan yang baik, pengendali dari Korea Selatan itu menegaskan mereka akan menghadapi Filipina seperti perlawanan final dan berharap para pemain lebih bersedia.

“Seperti apa yang saya tegaskan, kami tidak boleh terleka ketika berdepan Filipina. Setiap perlawanan akan kami anggap sebagai final dengan memberikan segalanya terbaik.

“Filipina harus diakui sebagai salah satu pasukan yang sangat bagus di laman sendiri, tambahan lagi mereka sudah pun menyesuaikan diri dengan baik di padang sintetik. Pastinya kami harus lebih berhati-hati,” ujar Tae-yong lagi.

Pada masa sama, Tae-yong juga mengingatkan barisan pemain tentang peluang mereka untuk mendapat kecederaan kerana bermain di padang sintetik.

Umum diketahui, Rizal Memorial Stadium menggunakan padang jenis sintetik dan ia bukan suatu kebiasaan buat barisan pemain Indonesia untuk menyesuaikan diri mereka.

“Para pemain perlu tampil berhati-hati supaya tidak mengalami sebarang kecederaan. Perkara ini perlu diperingatkan supaya kami boleh mendapat segalanya yang terbaik,” tambah Tae-yong akhir sekali.

Sumber:
Bola.com

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN