CEO Kedah Umum Barisan Import Akan Hadir Secara Berperingkat, Siapa Seterusnya?

Kedah Darul Aman (KDA) kini antara pasukan paling giat menandatangani pemain-pemain baharu mereka untuk saingan musim hadapan yang dilihat serba mencabar.

Menerusi rombakan yang dibuat sebelum itu, KDA dilihat telah menandatangani ramai pemain tempatan baharu yang dilihat lebih muda agar bersesuaian dengan perancangan Nafuzi Zain.

Malah, KDA juga telah pun menggugurkan semua khidmat pemain import musim ini untuk digantikan muka-muka baharu pada tahun hadapan dalam misi untuk kembali bersaing dalam kelompok teratas liga.

Setakat ini, KDA sah menandatangani khidmat dua pemain import baharu mereka iaitu Amirbek Juraboev serta bekas tonggak tengah Terengganu iaitu Manny Ott untuk musim hadapan.

Sehingga kini, hanya Amirbek seorang sahaja yang sudah tiba di Alor Setar, dan persoalan kini mula timbul mengenai baki pemain import lain belum dikenal pasti.

Walaupun begitu, Khamal Idris Ali selaku Ketua Pegawai Eksekutif KDA menyatakan semua pemain import pasukan akan hadir secara berperingkat mengikut jadual telah ditetapkan.

“Keseluruhan import akan hadir secara berperingkat ke Kedah dalam tempoh terdekat dan ini dimulakan dengan Amirbek (Juraboev) yang pertama dan saya berharap ketibaan mereka yang lain dapat mengikut jadual yang dijangkakan jika tiada apa apa perubahan jadual penerbangan dan proses kemasukan.

“Saya jangkakan pasukan Kedah akan lebih menarik untuk disaksikan pada musim 2023 ini berbanding musim lalu dan semoga perkara ini dapat dibuktikan di atas padang apabila mereka mula beraksi nanti”, katanya menerusi Harian Metro.

Tambah Khamal, barisan pemain import yang dipilih kali ini telah pun dibuat sendiri menerusi Nafuzi Zain untuk menjaga kualiti pasukan supaya dapat berdaya saing bersama pasukan lain untuk tahun akan datang.

“Kedah adalah pasukan dengan nama yang besar dan saya yakin senarai pemilihan yang telah dilakukan ketua jurulatih, Nafuzi Zain adalah pemilihan terbaiknya dalam usaha memastikan kita boleh kembali berada pada tahap persaingan di kelompok teratas Liga Super nanti.

“Sang Kenari cukup serius dalam pemilihan pemain dan juga pembentukan pasukan pada musim ini di mana kita tahu musim yang bakal bermula ini adalah lebih sengit dan semua pasukan akan berdepan dengan lebih banyak jumlah perlawanan.

“Oleh itu, atas pengalaman yang sudah dilalui pada 2022 lalu, ia membuatkan kami berfikir dengan lebih mendalam tentang perubahan yang perlu dilakukan demi kejayaan Kedah,” katanya.

Sehingga kini, masih lagi belum diketahui mengenai status pemain import baharu KDA yang akan tiba selain Amirbek dan Manny Ott.

Namun, beberapa khabar angin di media sosial menyatakan salah seorang pemain yang akan menyertai KDA pada musim hadapan merupakan seorang penyerang muda dari Brazil.

Pemain tersebut juga dikatakan sebelum itu beraksi di Timur Tengah bersama salah satu kelab dengan prestasi yang agak baik dipamerkan walaupun masih lagi muda.

Walaubagaimana pun, tiada kesahihan tepat yang dapat dipastikan dan kelab tersebut masih lagi merahsiakan dengan baik mengenai tonggak import baharu mereka.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN