Piala AFF 2022: “Mengintip Ke Tu?” – 2 Staf Perubatan Dihalau Park Hang-seo

staf perubatan dihalau Park Hang-seo mengintip

Dua staf perubatan yang dituduh sedang mengintip sesi latihan terakhir Vietnam dilaporkan oleh media Vietnam dihalau keluar oleh Park Hang-seo.

Seperti biasa, pengendali Vietnam, Park Hang-seo memiliki ‘drama’ yang tersendiri apabila melibatkan perlawanan-perlawanan penting pasukannya.

Jika dahulu, bekas pengendali skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe pernah dituduhnya mengintip sesi latihan Vietnam ketika persediaan kedua-dua pasukan bagi kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, Oktober 2019.

Mungkin terus paranoid dengan taktik licik sendiri yang suka mengintip pasukan lawan, Park kurang selesa jika terdapat individu tidak dikenali di sekitar lokasi latihannya. Dan semalam, sekali lagi, ‘dramanya’ bermula.

Vietnam akan bertemu Laos dalam aksi pertama Kumpulan B, Piala AFF Mitsubishi Electric 2022 di Stadium Nasional Laos, malam ini. Dalam kumpulan yang sama, Malaysia akan bertemu Myanmar di sebelah petang.

Walaupun hanya bertemu Laos. Park tetap mementingkan kerahsiaannya.

Semalam, Vietnam menjalani latihan taktikal di stadium tersebut bermula pada jam 6 petang. Dan ketika mereka sedang menyiapkan padang untuk sesi latihan itu, beberapa pembantu logistik pasukan seperti sedang memehatikan sekeliling stadium bagi memastikan tiada ‘pengintip’.

Park dilihat turut perasan kelibat individu tidak dikenali di tempat duduk VIP dan meminta pembantunya memaklumkan kepada pihak penganjur.

Park Hang-seo nampak kelibat orang di tempat duduk VIP
Park Hang-seo menunjuk ke arah tempat duduk VIP yang dikatakan ada ‘kelibat’. FOTO: Zingnews Vietnam
dua staf perubatan diminta tinggal stadium Laos
Dua staf perubatan telah diminta keluar dari stadium. FOTO: Zingnews Vietnam
mikrofon turut diminta diubah ke luar
Mikrofon untuk siaran langsung malam ini turut diubah jauh dari padang. FOTO: Zingnews Vietnam

Sesi bersama pihak media di stadium berakhir selepas 15 minit pertama dan kedua-dua individu yang berpakaian staf perubatan telah diminta meninggalkan stadium selepas itu. Malah, tahap berhati-hatinya terlihat apabila semua mikrofon di tepi padang yang akan digunakan untuk siaran langsung malam ini turut diminta untuk dikeluarkan sepanjang sesi latihan.

Ini membawa kita kepada kisah kemarahannya apabila Tan Cheng Hoe dituduh mengintip sesi latihan mereka. Esoknya, Vietnam memindahkan sesi latihan ke tempat tertutup dek kerana diintip pasukan Malaysia.

Tan Cheng Hoe intai latihan Vietnam 2019
Tan Cheng Hoe pernah diituduh Park Hang-Seo intip latihan Vietnam. FOTO: VNExpress

Seperti yang dilaporkan VN Express, skuad negara telah tiba ke padang latihan awal 15 minit daripada yang sepatutnya. Malaysia dan Vietnam berkongsi padang latihan yang sama iaitu di VFF Youth Training Centre.

Skuad negara yang akan mengadakan sesi latihan pertama pada malam itu telah diminta tidak keluar daripada bas dan dibawa ke sudut yang sedikit tersorok dari padang latihan. Begitupun, ketika pemain-pemain negara sedang bersiap, Cheng Hoe dilaporkan memerhati sesi latihan lawannya.

Kelicikannya sendiri yang membawa kepada paranoid berlebih sebegini. Masih ingat ‘tingkap rahsia’ Park yang membolehkannya memantau sesi latihan setiap lawan yang akan bertemu Vietnam. Ia didedahkannya sendiri dalam satu rancangan (rancangan TV Korea Selatan) tentang rumahnya.

Terdapat sebuah bilik khas yang membenarkan Park menganalisis taktikal pasukan lawan ketika lawan melakukan latihan. Ini kerana padang latihan yang diberikan kepada lawan adalah berdepan dengan rumahnya.

Park Hang-seo ketika ini dalam kejohanan terakhirnya bersama Vietnam.

Selepas lima tahun membimbing mereka dengan cemerlang, kontraknya akan berakhir pada Januari depan dan ia tidak akan disambung lagi.

Walaupun dikatakan terdapat perbincangan mengenai penyambungan kontraknya, tetapi ia berakhir dengan Park mengucapkan ‘annyeong’.

Sejak dilantik pada 2017, Park boleh dianggap sebagai jurulatih paling berjaya di Vietnam dengan kejayaan merangkul pelbagai kejuaraan.

Malaysia akan bertemu Vietnam dalam aksi ketiga dan ia dijadualkan akan berlangsung di gelanggang keramat mereka, Stadium My Dinh.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN