Piala AFF 2022: Indonesia Pasukan Yang Selamanya Jadi Naib Juara

Piala AFF 2022

Jika Thailand merupakan juara paling banyak iaitu enam kali menjulang Piala AFF namun bagi Indonesia pula mereka paling banyak berada di tempat kedua dengan jumlah yang sama.

Tewas sekali atau dua kali di pentas akhir itu perkara biasa tetapi enam kali melangkah ke perlawanan akhir tetapi masih gagal muncul juara ia ibarat sumpahan buat mereka.

Senang kata, jika Indonesia ke pentas akhir, tempat kedua paling realistik untuk mereka.

Satu perkara yang begitu menyakitkan bagi peminat bola sepak dari negara seberang adalah dikala negara pesaing mereka sudah mengukir nama di piala tersebut, Indonesia pula yang dianggap kuasa besar bola sepak di ASEAN masih gagal meletakkan nama mereka di dalam senarai juara.

Indonesia dan Malaysia adalah musuh tradisi kerana setiap kali berjumpa, pasti akan menjadi tumpuan peminat dari kedua-dua negara tersebut.

Kekalahan mereka kepada Malaysia ketika Piala AFF 2010 antara yang menyakitkan buat penyokong dari negara itu. Bagi peminat skuad Garuda – jangan sesekali kalah tewas ditangan Malaysia.

Ketika itu, Malaysia berada di dalam kumpulan yang sama dan skuad Garuda membuka kempen dengan begitu garang apabila membaham Harimau Malaya dengan rakus di hadapan penyokong setia untuk mencatat kemenangan besar 5-1.

Kekalahan memalukan ini membuat pemain yang diketuai penyerang berbisa di era tersebut, Safee Sali telah bertekad ingin bertemu sekali lagi dengan pasukan ini bagi menebus maruah yang tercalar.

Ditakdirkan, Malaysia dan Indonesia bagai sudah dijodohkan apabila berjumpa sekali lagi di perlawanan akhir.

Sebelum sepak mula perlawanan akhir pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil, rata-rata penyokong dari negara tersebut begitu yakin pasukan mereka dapat mengulangi keputusan seperti perlawanan pertama.

Namun bagi skuad kendalian Datuk K. Rajagobal, ia adalah masa terbaik untuk membalas dendam setelah dimalukan di hadapan penyokong sendiri dan dalam perlawanan akhir itu, Malaysia bagai harimau terluka ingin menebus balik kemenangan yang hilang.

Jika sebelum ini, sang Garuda bebas berkeliaran namun mereka bagai patah sayap apabila sukar untuk bermain sebaliknya Harimau Malaya lebih dominan di gelanggang sendiri dan Malaysia berjaya mencetak kemenangan 3-0.

Di perlawanan akhir kedua yang diadakan di Stadium Gelora Bung Karno, pemain Malaysia terpaksa berhadapan detik cemas dan mereka terpaksa dibawa menaiki Barracuda untuk ke stadium selepas penyokong Indonesia melakukan sedikit provakasi kepada kem Malaysia.

Biarpun tuan rumah mencatat kemenangan 2-1 namun ia sudah terlambat untuk menghalang Malaysia menjulang piala berprestij di ASEAN di hadapan penyokong setia mereka.

Itu cerita lama tetapi kini mereka tampil dengan skuad berbeza dan harus diingat, pada edisi lepas mereka juga ke pentas akhir. Ini bermakna skuad Garuda antara pasukan pilihan untuk merebut kejuaraan Piala AFF 2022 kali ini.

Akan tetapi, ketua jurulatih Indonesia, Shin Tae-yong menghadapi tamparan awal selepas dua pemain penting tidak dapat menyertai mereka selepas kelab tidak melepaskan pemain tersebut untuk kejohanan ini.

Naib juara Piala AFF sebanyak enam kali ini diundi berada di kumpulan B dan akan membuka tirai menentang Kemboja bagi aksi pertama mereka di halaman sendiri.

Mampukah mereka menamatkan sumpahan nombor dua atau sememangnya sudah ditakdirkan pasukan Indonesia akan selamanya menjadi naib johan sahaja?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN