Piala AFF 2022: Kim Pan-gon Tagih Sokongan Padu Penyokong Malaysia

Kim Pan-gon

Jurulatih Malaysia, Kim Pan-gon menyeru kesemua penyokong Harimau Malaya untuk hadir beramai-ramai ke Stadium Nasional Bukit Jalil kerana beliau mengharapkan sokongan yang begitu isitimewa kepada pasukan kebangsaan.

Menyedari misi penting dalam perlawanan menentang Singapura, Pan-gon tetap optimis anak didiknya akan turun memberi aksi terbaik dalam perlawanan tersebut.

“Penyokong Malaysia sentiasa hadir memberi sokongan kepada pasukan. Disebabkan itu, saya berharap esok akan ada sokongan istimewa daripada peminat kepada pemain agar mereka berjuang mencapai kemenangan,” kita Kim.

Jurulatih dari Korea Selatan ini juga berjanji akan memastikan sebaik tamat perlawanan esok, akan ada sambutan seperti festival meraih kemenangan bersama penyokong di halaman sendiri.

Namun begitu, beliau menyedari Singapura mempunyai kelebihan kerana mereka hanya memerlukan satu mata tetapi selaku tuan rumah, Harimau Malaya akan menggunakan kelebihan tersebut sebaik mungkin untuk memastikan layak ke separuh akhir.

“Singapura sebuah pasukan yang kuat. Mereka begitu sabar dan lebih memilih untuk bermain bertahan berbanding menyerang. Tetapi saya yakin pemain Harimau Malaya akan turun berjuang demi kemenangan.

“Jika setiap pemain mengikut perancangan dengan betul, mereka boleh lakukan kerana saya percaya setiap pemain begitu matang, profesional dan akan bagi segalanya,” ujar Kim.

Malaysia akan bertemu Singapura pada esok jam 8.30 malam.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN