Piala AFF 2022: Jurulatih Laos Sifatkan Malaysia Tetap Pasukan Yang Hebat Walaupun Tanpa Pemain JDT

Michael Weiss Laos

Ketiadaan deretan pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) tidak mengurangkan kehebatan skuad Harimau Malaya di pentas Piala AFF 2022. Itulah gambaran yang diberikan oleh ketua jurulatih Laos, Michael Weiss ketika sidang media

Jurulatih warga Jerman itu menyifatkan sistem pembangunan bola sepak di Malaysia telah menunjukkan hasil apabila ketiadaan pemain utama dalam skuad kebangsaan mampu diisi oleh pemain-pemain lain.

“Sekalipun anda hilang khidmat semua pemain Johor [JDT], ia masih boleh diisi oleh pemain lain seperti ini, membuktikan kepada [keberkesanan] liga bahawa profesionalisme dan pembangunan pemain bermula dari bawah hingga ke atas,” ujar Weiss.

“Kini Malaysia adalah pencabar yang jelas untuk merebut gelaran tersebut, saya berpendapat mereka adalah pasukan yang berkualiti.”

Setakat ini skuad kebangsaan tanpa bintang JDT telah menampilkan aksi positif dengan memenangi dua perlawanan persahabatan menentang Kemboja dan Maldives dengan keputusan 4-0 dan 3-0.

Kemudian kemenangan 1-0 ke atas Myanmar dalam aksi pembukaan Piala AFF 2022 tempoh hari menjadikan skuad Harimau Malaya masih ‘kebal’ tanpa bolos dan ia diharapkan menjadi petanda positif kepada masa depan bola sepak negara.

Sementara itu, Pan-gon dalam sidang media yang sama tampil optimis dengan peluang Malaysia untuk mencatat keputusan terbaik dan seterusnya menyasarkan untuk menamatkan saingan peringkat kumpulan di kedudukan terbaik.

“Sasaran kita mesti menang dan jika kita mahu menamatkan saingan peringkat kumpulan di kedudukan teratas, kita perlu fokus kepada perbezaan gol. Vietnam sudah dapat enam jaringan, manakala kita cuma satu dan kurang lima gol,” ujar Pan-gon.

“Kita amat menghormati Laos kerana selepas kekalahan besar, mereka pasti mahu bangkit lebih kuat. Tentunya mereka tidak mahu kalah lagi. Jadi kita perlu lebih kuat untuk berepan Laos bagi mencapai sasaran.

“Mereka akan kawal permainan dan tidak beri kita ruang. Jadi kita perlu fokus dan bersungguh. Sudah pasti ini adalah perlawanan yang sukar jika tidak bermain dengan cara kita. Say yakin kita mampu hadapinya dengan baik.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN