Piala AFF 2022: Jurulatih Laos Mengaku Pasukannya Tempang Bertemu Malaysia

Michael Weiss

Laos bakal berhadapan dengan Malaysia dalam keadaan tempang selepas mengalami krisis kecederaan dalam aksi bertemu Vietnam tempoh hari.

Bercakap kepada media menjelang aksi kedua Piala AFF 2022 pada Sabtu, jurulatih Laos, Michael Weiss mendedahkan masih lagi ramai pemain dalam skuadnya yang belum cergas untuk beraksi.

Walaupun tidak mendedahkan secara jelas mengenai siapakah yang masih lagi bergelur dengan kecederaan, penjelasan Weiss memberi gambaran yang Laos dalam keadaan tempang bertemu Harimau Malaya.

“Kami sampai lambat [di Malaysia] selepas mengalami kekalahan besar 6-0 ke atas Vietnam yang merupakan pasukan pilihan dalam kejohanan ini.

“Kami masih lagi ada pemain yang terluka dan tercedera. Ada beberapa pemain yang tidak akan diturunkan pada perlawanan esok,” kata Weiss.

Itu adalah gambaran awal, keadaan mungkin boleh menjadi lebih teruk buat Laos sekiranya latihan pada petang ini tidak memihak kepada mereka.

“Kita akan lihat bagaimana selepas sesi latihan pada hari ini, dari situ kita akan pilih mana-mana pemain yang ada untuk diturunkan pada perlawanan esok,” jawab Weiss lagi.

Sepanjang sidang media, Weiss turut menunjukkan reaksi yang tidak begitu baik memandangkan pasukannya dibelasah teruk oleh Vietnam tempoh hari.

Ini sedikit sebanyak menunjukkan yang motivasi dari kem Laos tidak begitu baik selepas kalah di tempat sendiri.

Kini bertemu Harimau Malaya di tempat lawan, pastinya tugas semakin sukar buat mereka dalam misi mencari sekurang-kurangnya satu mata untuk tidak mengecilkan lagi peratusan untuk Laos layak ke pusingan seterusnya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN