Saingan Piala AFF 2022 telah pun berlangsung dengan pelbagai drama serta kejutan dilakar membabitkan pasukan-pasukan Asia Tenggara yang bertanding.
Dalam saingan kali ini, ada juga beberapa pemain baharu yang buat pertama kali menyertai kejohanan tersebut dan mencipta rekod tersendiri.
Tahun ini, Indonesia telah pun diperkuatkan dengan beberapa muka baharu, dan antaranya ialah pemain warisan mereka iaitu Jordi Amat.
Jordi Amat Maas dan Sandy Walsh resmi menjadi Warga Negara Indonesia (WNI) pada Kamis, 17 November 2022 setelah melaksanakan Sumpah Janji Setia Pewarganegaraan di Kantor Kemenkumham RI.
Selamat Jordi dan Sandy! ❤️🇮🇩#KitaGaruda pic.twitter.com/CUv7ZPB5RY
— PSSI (@PSSI) November 17, 2022
Jordi yang beraksi di posisi pertahanan tengah Indonesia tampil dengan prestasi yang sangat bagus menerusi pengalaman dimiliki beliau sebelum itu di Eropah.
Namun, sisi lain menyaksikan Jordi juga menjadi antara pemain yang paling banyak mengumpul kad kuning sepanjang kejohanan ini berlangsung.
Terbaharu, Jordi telah pun dilayangkan kad kuning ketika aksi menentang Thailand untuk pusingan ketiga peringkat Kumpulan A di Stadium Utama Gelora Bung Karno (SUGBK).
Kad kuning tersebut menjadi milik Jordi, selepas penyerang itu membuat kekasaran yang agak berlebihan kepada penyerang Thailand iaitu Adisak Kraisorn pada minit ke-88.
Ini menjadikan Jordi telah pun mengumpul dua layangan kad kuning sepanjang saingan tersebut berlangsung, dan beliau kali pertama memperolehinya ketika aksi menentang Kemboja.
Selain Jordi, seorang lagi yang turut mendapat jumlah layangan kad kuning sama seperti beliau ialah pemain Kemboja berusia 31 tahun iaitu Boris Kok.
Jordi Amat, lebih sabar ya main di Piala AFF 2022. Jangan terlalu banyak koleksi kartu kuning.https://t.co/0GGNOHVvqy
— BOLA.COM (@bolacomID) December 30, 2022
Selain kedua pemain ini, Bola.com mengesahkan tiada mana-mana lagi pemain yang mengutip kad kuning melebihi sekali untuk saingan Piala AFF 2022.
Sehingga kini, Indonesia telah pun sah mengutip empat kad kuning, namun mereka dilihat sedikit baik selepas tiada layangan kad merah.
Berbanding Thailand, Vietnam, Myanmar, Brunei serta Malaysia, ketiga negara ini masing-masing sudah pun merekodkan satu kad merah sepanjang kejohanan tersebut berlangsung.
Lima pemain yang sah memperoleh kad merah itu ialah Azam Azmi Murad, Sanrawat Detchmitr, Mohammad Alinur Rashimy, Nanda Kyaw, serta Nguyen Van Toan.
Untuk aksi seterusnya, Jordi Amat disahkan tidak akan beraksi untuk perlawanan bertemu Filipina kerana sudah mengutip dua kad kuning.
Timnas Indonesia siap terbang menuju Filipina.
Safe flight, Garuda! ✈️#KitaGaruda pic.twitter.com/S1cqfedvzp
— PSSI (@PSSI) December 30, 2022
Pengendali pasukan, Shin Tae-yong pastinya sedikit sulit selepas kehilangan Jordi Amat kerana mereka memerlukan kemenangan untuk mara ke pusingan seterusnya.