‘Kebetulan Atau Sudah Dirancang?’ – Ronaldo Bakal Pimpin Kelab Arab Berdepan Messi Dan PSG

Walau Cristiano Ronaldo kini sudah tidak lagi beraksi di benua Eropah, namun perseteruan antara beliau dengan Messi dalam saingan peringkat kelab sepertinya masih akan tetap berlaku.

Para peminat berpotensi untuk sekali lagi melihat Ronaldo turun beraksi bertemu Messi di peringkat kelab walau hal itu awalnya agak mustahil untuk berlaku ekoran perpindahan ketua pasukan Portugal itu menyertai Al-Nassr.

Selepas beberapa minggu hangat dikaitkan dengan bakal menyertai Al-Nassr, Ronaldo hari ini sah diumumkan sebagai pemain terbaru kelab dari Arab Saudi itu.

Pihak kelab mengumumkan secara rasmi kejayaan mereka menandatangani pemenang lima kali anugerah Ballon d’Or itu di laman media sosial milik mereka.

“Sejarah sedang dicipta. Ini adalah penandatanganan yang bukan hanya akan menginspirasi kelab kami untuk mencapai kejayaan lebih gemilang, tapi ia juga akan menginspirasi liga kita dan generasi masa depan kita, lelaki dan perempuan untuk mengeluarkan yang terbaik dari diri mereka. Selamat datang @Cristiano ke rumah baru kamu @AlNassrFC.”

Tulis kenyataan dari Al-Nassr ketika mengumumkan Ronaldo sebagai pemain terbaru mereka.

Segelintir peminat sebenarnya kecewa dengan berita perpindahan Ronaldo menyertai kelab dari Arab Saudi itu dengan mereka berharap bekas bintang Man United itu akan terus beraksi di pentas tertinggi dalam dunia bola sepak.

Walau bagaimanapun, dek kerana tiada kelab gergasi di Eropah yang tampil menyatakan minat mereka untuk mendapatkan bintang berusia 37 tahun itu, maka tidak hairanlah mengapa Ronaldo terpaksa menerima tawaran dari Al-Nassr.

Namun begitu, kesedihan peminat mungkin sedikit terubat kerana mereka masih berpotensi untuk menyaksikan Ronaldo sekali lagi turun beraksi bertemu messi dalam satu perlawanan yang sama.

Hal ini kerana ada laporan yang menyatakan bahawa Paris Saint Germain bakal beraksi di Arab Saudi pada Januari nanti untuk aksi rehat separuh musim mereka.

PSG dikatakan sudah mengatur aksi perlawanan persahabatan bertemu pemain-pemain gabungan dari kelab Al-Nassr dan Al-Hilal.

Hal ini bermaksud yang para peminat berpotensi untuk sekali lagi menyaksikan aksi Messi bertemu Ronaldo.

Para peminat di media sosial hangat memperdebatkan tentang hal tersebut dan rata-rata dari mereka sudah tidak sabar mahu menyaksikan perlawanan itu.

“Macam kisah dongeng, semakin jauh Ronaldo pergi, semakin dapat kita saksikan perseteruan antara dia dengan Messi.”

“Ketika dia bersama Manchester United, kita berharap dia akan dipertemukan dengan PSG, tapi hal itu tak berlaku dan sekarang hal itu sudah menjadi kenyataan.”

“Saya harap Ronaldo akan terpilih untuk beraksi bersama skuad utama dan akan diturunkan dalam perlawanan bertemu PSG nanti.”

“Adakah semua ini sudah dirancang? sebaik Ronaldo sertai Al-Nassr, perlawanan ini diumumkan secara rasmi, tapi apa-apa pun, saya tetap tak sabar mahu menyaksikan perlawanan ini.”

Kedua-dua Messi dan Ronaldo jelas sekali telah mendominasi pentas bola sepak sejak hampir dua dekad kebelakangan ini.

Mereka juga turut dianggap sebagai dua pemain terhebat sepanjang zaman atas pencapaian mereka di pentas bola sepak profesional.

Selepas kejayaan Messi membantu Argentina menjuarai saingan Piala Dunia, para peminat membuat kesimpulan bahawa legenda Barcelona itulah yang paling layak untuk dinobatkan sebagai yang terhebat sepanjang zaman.

Ronaldo sementara itu semakin lama semakin hilang tempat dalam skuad yang beliau wakili dan antara sebab beliau ke Arab Saudi adalah kerana beliau mahukan minit permainan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN