Piala AFF 2022: FAM Hargai Kesudian TMJ Pinjamkan Kanvas Untuk Padang SNBJ

FAM TMJ SNBJ 1

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menzahirkan rasa terima kasih kepada Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor (TMJ) di atas kesudiannya meminjamkan kanvas untuk persediaan aksi Piala AFF 2022 menentang Laos.

Kanvas milik kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) tersebut digunakan bagi menutup permukaan padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) bagi mengelak air bertakung di atas padang.

Kejadian memalukan ketika perlawanan kelayakan Piala Asia pada Jun lalu menentang Bahrain menjadi pengajaran buat FAM dan Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) untuk mengambil langkah proaktif bagi mengelak ianya berulang.

“Junjung kasih kepada Tunku Mahkota Johor (TMJ), DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim atas kesudian baginda meminjamkan kanvas bagi menutup permukaan padang menjelang perlawanan kedua Kumpulan B, Piala Mitsubishi Electric AFF 2022, Malaysia lwn Laos di Stadium Nasional, Bukit Jalil, 8.30 malam ini.

“Ia bagi memastikan keadaan padang terpelihara dan berada dalam kondisi baik untuk digunakan sepanjang 90 minit permainan memandangkan keadaan cuaca yang mana hujan hampir setiap hari di Lembah Klang terutama pada waktu petang dan malam.

“Diharap langkah proaktif yang diambil ini dapat memastikan padang berada pada keadaan yang memuaskan, sekali gus menghidangkan perlawanan menarik buat para penyokong Harimau Malaya yang bakal ke stadium, malam ini.”

Ini bukanlah kali pertama kanvas berkenaan dipinjam bagi diguanakan di SNBJ. Kali pertama adalah ketika perlawanan akhir Piala FA 2022 pada September yang menyaksikan JDT menang ke atas Terengganu dan ia sekali lagi digunakan pada perlawanan akhir Piala Malaysia pada bulan lalu.

Namun ianya tidak kelihatan ketika aksi persahabatan skuad kebangsaan ketika menentang Kemboja tempoh hari yang menyebabkan keadaan padang yang agak mengecewakan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN