Piala AFF 2022: Kena Ledak Lebih Banyak Gol, Gesa Kim Pan-gon

Kim Pan-gon mahu lebih banyak gol Malaysia Piala AFF 2022

Kim Pan-gon menggesa barisan pemain Harimau Malaya untuk lebih tajam di depan gol bagi mencipta lebih banyak gol untuk aksi kedua Piala AFF 2022.

Selepas hanya meledak satu gol berdepan Myanmar tempohari, bertemu Laos pada malam ini menjadi medan untuk memburu lebih banyak gol.

Ini adalah sasaran pengendali skuad kebangsaan, Kim Pan-gon disebabkan Vietnam memiliki kelebihan perbezaan gol yang sangat tinggi ketika ini.

Vietnam menang 6-0 dalam aksi pertama berdepan Laos dan memiliki kelebihan perbezaan gol sebanyak lima dan menerajui Kumpulan B.

Berdepan Laos untuk aksi kedua kumpulan di Stadium Nasional Bukit Jalil, Harimau Malaya digesa untuk mempamerkan watak lebih garang kerana Kim mahu skuadnya untuk berada di kedudukan teratas kumpulan.

Walaupun Laos boleh dilihat sebagai pasukan lemah selepas dibelasah tanpa ehsan oleh ‘Naga Emas’, namun, ia masih misi yang sukar buat skuad negara jika prestasi yang sama ketika berdepan Myanmar dibawa.

Malaysia gagal mendominasi kawasan ‘middle third’ dan bergelut untuk mencipta sesuatu untuk melakar jaringan gol dalam perlawanan itu.

Mujur buat mereka apabila penyerang sensasi, Faisal Halim berjaya memberikan satu-satunya jaringan memisahkan kedua-dua pasukan.

Tahap efisyen jentera serangan Malaysia dan Vietnam jauh berbeza, jadi pada malam ini, sentuhan magis segera harus dilakukan oleh Kim.

Bercakap di sidang media semalam, Kim berkata, “Sasaran kita adalah untuk menang dan kalau mahu berada di tangga teratas, kita perlu mendapatkan perbezaan gol yang lebih baik berbanding Vietnam. Ini kerana Vietnam sudah menjaringkan enam gol [ketika menentang Laos] dan kita baru satu gol. Jadi, ketika ini kurang lima gol lagi.

Tetapi, Kim tetap mahukan anak buahnya fokus agar mereka berjaya mencapai sasaran tersebut. Cabaran akan lebih besar jika Malaysia mengambil mudah perlawanan ini, menurut Kim lagi.

Jadi kita harus kekal fokus dan beraksi pada kualiti yang lebih tinggi bagi mendapatkan keputusan yang positif dan kita perlu uruskan perlawanan ini sebaiknya,” ulas Kim tentang perlawanan pada malam nanti.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khasย untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN