Piala AFF 2022: Brunei Tak Gerun Turun Bertemu Thailand

Piala AFF 2022

Saingan Piala AFF 2022 kini membuka tirai dengan aksi kumpulan A bakal menyaksikan Brunei bertemu dengan Thailand.

Terpaksa menjadikan Stadium KLFA di Cheras sebagai gelanggang rasmi, Brunei berdepan dengan juara bertahan dalam aksi pembukaan mereka selepas sudah lama tidak muncul dalam kejohanan ini.

Walaupun tugasnya cukup sukar untuk diduga, tetapi Brunei tidak gentar untuk berdepan dengan Thailand dan mereka pastinya mahu mengambil peluang yang ada untuk sekurang-kurangnya memperoleh satu mata.

Menurut ketua pasukan Brunei, Hendra Azam, moral pemain-pemain Brunei ketika ini sedang tinggi dan mereka tidak sabar untuk memberikan saingan sengit kepada Thailand.

“Kesemua pemain begitu teruja dan percaya yang kami boleh mencuri mata daripada pasukan lain dalam kejohanan ini.

“Saya percaya, tiada yang mustahil dalam bola sepak dan kami berazam untuk mengejutkan mereka,” kata Hendra.

Moral pasukan Brunei ketika ini berada dalam keadaan yang baik berikutan faktor mereka berjaya kembali ke saingan tertinggi Asia Tenggara selepas lama tidak membuat kemunculan.

Jadi, dengan kembalinya mereka pasti Brunei mahu memberikan impak yang boleh diingati bukan sahaja buat penyokong mereka tetapi kepada pihak lawan juga.

Brunei diletakkan dalam kumpulan A bersama-sama juara bertahan Thailand, Kemboja, Indonesia dan Filipina.

Sumber:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN