Piala AFF 2020: Tan Cheng Hoe Tak Ambil Mudah Kekuatan Mental Indonesia

Tan Cheng Hoe

Menjelang perlawanan akhir peringkat kumpulan Piala AFF 2020, Tan Cheng Hoe tidak memandang ringan akan lawan apatah lagi dengan kejayaan Indonesia yang berjaya mengikat Vietnam semalam.

Jelas beliau, permainan yang dipamerkan anak buah Shin Tae-young semalam sangat berdisplin untuk bergerak dalam satu unit serta mampu menyerap asakan dengan baik untuk mengelak dari dibolosi.

Cheng Hoe juga mengakui lawan mempunyai mentaliti yang sangat tinggi dan beliau tidak akan mengambil mudah untuk perlawanan seterusnya. Selain sibuk mempersiapkan taktikal, Cheng Hoe juga menekankan mengenai mentaliti dan motivasi yang harus dihadapi sebelum hari perlawanan tiba.

Cheng Hoe juga akui bakat muda lawan dilihat semakin baik sambil menganggap corak permainan pantas mereka merupakan sesuatu yang perlu diawasi. Rata-rata pemain mereka gemar menggunakan corak menyerang pantas untuk memerangkap lawan.

Ketika ditanya sama ada beliau merasai tekanan dengan situasi semasa, Cheng Hoe menganggap ini semua sebagai asam garam dalam dunia bola sepak yang harus dihadapi tak kira apa situasi sekalipun.

Pada beliau, pemain sendiri perlu sentiasa yakin dan mempunyai motivasi yang tinggi setiap kali perlawanan berlangsung. Segalanya akan menjadi tidak baik jika pemain tidak mempunyai mentaliti yang tinggi.

Dion Cools sudah tiba

Dalam perkembangan lain, Dion Cools sudah pun tiba dan Cheng Hoe sendiri ada berjumpa pemain tersebut.

Segalanya dilihat baik buat Cools untuk turun beraksi pada perlawanan akan datang bagi menguatkan pertahanan Malaysia yang agak lemah.

Selain itu, Akhyar Rashid juga dimaklumkan selsesai menjalani kuarantin 10 hari dan akan mengikut program yang disediakan untuk mengembalikan tahap kecergasan pemain ini sebelum sedia bersama skuad utama.

Pendapat Cheng Hoe mengenai Safawi Rasid, nyata Cheng Hoe melihat pemain ini sangat bermotivasi untuk bermain tanpa sebarang tekanan pada diri beliau biarpun segelintir peminat ada mengkritik aksi beliau pada perlawanan lalu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN