Dulu Di Liverpool, Kini Firdaus Maasar Bawa Sentuhan Magisnya Ke Temasik

Firdaus Maasar

Firdaus Maasar dilihat sangat beruntung apabila pengalaman beliau yang berguru bersama kelab dan pemain ternama dunia nyata memberi hasil yang cukup berbaloi buat dirinya.

Detik kemuncak buat beliau apabila berhijrah ke akademi terbaik dunia, Aspire Academy di Qatar berjaya melengkapkan kepakaran yang ada pada beliau dalam bidang sains sukan terutamanya dari segi aspek sokongan dan peningkatan prestasi pemain.

Maka, tidak hairan khidmat Firdaus ditagih banyak kelab serata dunia dan beliau memilih untuk menyertai Lion City Sailors yang berpangkalan di Singapura musim ini.

Hanya semusim sahaja diperlukan Firdaus untuk menjulang kejayaan bersama kelab tersebut apabila muncul juara S-League musim ini.

Perancangan yang jelas

Pelan jangka panjang antara sebab mengapa Firdaus menyertai pasukan ini yang mensasarkan untuk menjadi pasukan terbaik rantau Asia selain diri beliau sendiri yang mahu melahirkan lebih ramai pemain berbakat.

Pendapat beliau, kelab Lion City Sailors mempunyai perancangan panjang yang baik dan bakal mendapat fasiliti bertaraf dunia dalam masa terdekat.

Firdaus juga yakin rantau Asia Tenggara mempunyai ramai bakat yang baik untuk digilap jika mendapat pendedahan yang baik dan diterapkan ilmu sains sukan kepada semua pemain.

Firdaus yang sebelum ini pernah mendapat liputan meluas dalam kalangan peminat sukan bola sepak tempatan apabila wajah beliau tertera di laman web rasmi Liverpool.

Ianya susulan daripada gambar beliau yang ketika itu sedang memberi khidmat sokongan sains sukan kepada pemain seperti Mohamed Salah.

Ketika ditanya sama ada beliau akan menabur bakti atau tidak buat Malaysia, beliau mengakui sedia untuk menyumbang jasa buat negara pada masa hadapan.

Namun untuk ketika ini beliau mahu memantapkan diri terlebih dahulu di luar negara.

Firdaus turut mengakui bahawa Malaysia mempunyai ramai pemain yang bagus dan berbakat untuk diketengahkan.

Beliau turut menekankan sistem pembangunan amat penting dengan penerapan awal sains sukan kepada pemain muda.

Jika itu diterapkan lebih awal, tidak mustahil untuk Malaysia melahirkan pemain yang memenuhi standard antara antarabangsa.

Firdaus sebelum ini berkhidmat dengan beberapa pasukan di England seperti Liverpool, Wolverhampton Wanderers dan juga Huddersfield Town.

Sumber:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN