Piala AFF 2020: Malaysia Terkulai Layu Di Tangan Vietnam

Malaysia gagal meneruskan momentum kemenangan ketiga dalam saingan Piala AFF 2020 musim ini apabila tewas 3-0 di tangan pencabar terkuat Asean, Vietnam di Stadium Bishan sebentar tadi.

Kekalahan tersebut membuatkan skuad kebangsaan turun di kedudukan kedua dalam carta kumpulan B.

Perlawanan bermula dengan tempo tinggi dengan Vietnam terlebih dahulu cuba menguji gawang gol Malaysia seawal permainan melalui percubaan Ngyen Cong Phuong namun tersasar tinggi.

Lima minit pertama menyaksikan kedua-dua pasukan masih cuba mencari rentak permainan dengan bola lebih banyak berlegar di tengah padang.

Baik Malaysia mahupun Vietnam masih belum serasi untuk masing-masing memulakan gerak yang baik.

Tekanan tinggi yang diberikan skuad Park Hang-seo membuat Malaysia lebih kerap membuat kesilapan dan Cong Phuong hampir menghukum skuad kebangsaan pada minit ke-10 namun bola cepat diselamatkan oleh pertahanan Malaysia.

Selepas 15 minit perlawanan berlangsung, Malaysia baru mendapat rentak permainan yang lebih tersusun untuk bergerak.

Hanya kesilapan-kesilapan kecil serta hantaran terakhir menjadi penghalang untuk Malaysia lebih bergerak bebas.

Minit ke-22 Phan Van Duc hanya dapat membuat satu tandukan yang lemah untuk menguji Khairul Fahmi Che Mat walaupun banyak gerak-gerak yang cuba dicipta Vietnam menuju ke dalam kawasan pertahanan Malaysia.

Vietnam berjaya mendapat jaringan pertama mereka pada minit ke-32 menerusi Nguyen Quang Hai selepas mendapat hantaran cantik dari Nguyen Tuan Anh dari sebelah kanan Malaysia untuk memberi tekanan buat Malaysia.

Luqman Hakim cuba memberi reaksi apabila berjaya melepasi rembatan dari sebelah kiri pada minit ke-33 setelah menerima umpanan jarak jauh untuk sekurangnya memberi tekanan buat penjaga gol lawan.

Pemain berjersi nombor 10 Vietnam, Cong Phuong berjaya menjaringkan gol kedua setelah berjaya mengelirukan dua pertahanan Malaysia pada minit ke-36 untuk terus memberi kelukaan di banteng pertahanan skuad negara yang sangat rapuh.

Syafiq Ahmad setidaknya berjaya mencipta peluang gol buat Malaysia pada minit ke-36 namun tandukan beliau sedikit tersasar untuk setidaknya memberi masalah buat pertahanan lawan menuju ke minit akhir separuh masa pertama.

Menuju ke tambahan masa separuh masa pertama, Malaysia cuba memberi asakan buat lawan yang dilihat agak menurun intensiti permainan namun percubaan Syafiq Ahmad yang berjaya melepasi dua pertahanan lawan berjaya dihalang penjaga gol Vietnam pada minit ke-46.

Bersambung di separuh masa kedua, Malaysia cuba menyusun gerakan serta meningkatkan intensiti permainan namun tidak banyak dapat dibuat apabila disiplin tinggi lawan dapat menghalang pergerakan skuad Malaysia.

Rembatan voli yang dibuat oleh Quang Hai hampir menambah gol ketiga buat Vietnam setelah pertahanan Malaysia gagal mengeluarkan bola dengan lebih baik.

Mujur rembatan pemain tersebut sedikit tersasar ke atas pada minit ke-55.

Minit ke-59 Nguyen Hoang Duc berjaya melepaskan rembatan rendah dari jarak jauh namun tersasar jauh dari gawang Malaysia yang hanya diperhatikan sahaja oleh Khairul Fahmi.

Kemasukan Guilherme De Paula dan Kogileswaran pada awal separuh masa kedua dilihat meningkatkan sedikit mutu serangan Malaysia, namun lawan sentiasa bersedia dan hanya menunggu serangan balas pantas untuk menyukarkan pertahanan skuad negara.

Malaysia mendapat peluang yang kecil oleh Safawi apabila berjaya mencipta hantaran kepada De Paula namun percubaan pemain naturalisasi tersebut lemah ke gawang gol lawan apabila cepat ditutup pertahanan Vietnam pada minit ke-70.

Permainan lebih banyak berlegar di tengah padang dengan Malaysia berjaya mengehadkan pergerakan lawan untuk menguasai tengah. Namun, kreativiti Malaysia untuk mencipta serangan pula tidak begitu memberi kesan dalam permainan.

Arif Aiman berjaya melepaskan satu percubaan setelah menerima umpanan baik daripada Baddrol Bakhtiar pada minit ke-82 di sebelah kanan namun berjaya diselamatkan dengan baik oleh penjaga gol lawan.

Vietnam terus menambah duka dalam kem Malaysia apabila menambah gol ketiga mereka menerusi Hoang Duc di minit ke-89 menerusi gerakan solo yang cantik dari sebelah kiri.

Keputusan kekal tamat dengan Malaysia masih mampu belum mencatat kemenangan keatas anak buah Hang-seo dengan terus mempamerkan rentak permainan yang agak rendah berbanding lawan dalam perlawanan ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN