Piala AFF 2018: Tan Cheng Hoe Umum 23 Pemain Terbaik Selepas Tamat Piala Malaysia

Ketua jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe menjadikan dua perlawanan persahabatan antarabangsa menentang Sri Langka dan Krygyzstan minggu depan sebagai medan untuk memilih pemain terbaik bagi menghadapi kejohanan Piala AFF 2018 bulan November depan.

Beliau berkata kepada Utusan Malaysia akan memanggil beberapa pemain lagi selepas berakhirnya saingan Piala Malaysia dan terus memuktamadkan senarai 23 pemain terbaik untuk menggalas cabaran negara dalam Piala AFF yang bermula pada 8 November hingga 14 Disember 2018.

“Kita masih tunggu saingan Piala Malaysia berakhir dan akan memanggil beberapa pemain lagi untuk menyertai pasukan. Paling penting pemain yang dipanggil nanti bebas daripada kecederaan dan mempunyai semangat tinggi untuk bermain demi negara.

“Senarai 23 pemain terakhir hanya akan diputuskan selepas saya mendapat semua pemain yang saya inginkan,” jelasnya.

Skuad Harimau Malaya menjalani latihan di Stadium Bolasepak Cheras bulan lepas. FOTO: FAM

Dalam senarai 24 pemain yang dipanggil untuk kem latihan pusat skuad kebangsaan kali ini, Mohamadou Sumareh bakal membuat penampilan sulung sebagai pemain naturalisasi pertama negara.

“Tentang Sumareh, sudah tentu kita tahu kualitinya dalam Liga Malaysia, Saya harap dia akan menggunakan peluang ini sebaik mungkin dan mampu memberi impak buat pasukan kebangsaan. Dari segi komunikasi dengan rakan pasukan saya rasa dia tiada masalah,” katanya.

Selain Sumareh, Cheng Hoe turut memanggil penyerang Pahang, Norshahrul Idlan Talaha dalam kem negara kerana dia telah mempamerkan aksi konsisten sepanjang saingan Liga Malaysia.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN