Fantasy Football SCL2018: 4 Pemain Yang Patut Anda Pilih Bagi Menghadapi Minggu 4

SCL2018

Saingan minggu keempat Selangor Champions League 2018 (SCL2018) pada hari Sabtu ini menyaksikan Duta ZXIV bakal bertemu Gombak Hypernova FT, CABJ menentang Kajang AZS FC, Banting Naga FC berdepan Puchong Fuerza FC dan Gombak FC akan menanti cabaran ABMK.

Bagi saingan hari Ahad pula, Subang City FC akan bertemu Klang Valley United, KRU Port Klang FC berdepan laluan getir bertemu NPNG FC Damansara Damai serta aksi terakhir bakal menemukan Paya Jaras Hiliran dan Klang Southern FC.

Bagi anda yang masih lagi aktif mengemaskini pasukan Fantasy Football SCL2018, sudahkah anda mempunyai barisan impian yang diharapkan menyinar pada minggu 4 ini?

Sekiranya belum dan masih tercari-cari pemain baharu, SemuanyaBOLA sertakan empat pemain yang boleh anda pertimbangkan untuk dimasukkan dalam pasukan anda minggu ini.

1) Muhammad Zul Hilmi Mohd Zaki (ABMK) – 6.0

Pemain berusia 20 tahun ini mempunyai kepakaran dalam sepakan percuma selepas beliau berjaya mencipta dua jaringan menerusi situasi bola mati tersebut,

Dua jaringan itu hadir pada dua perlawanan berturut-turut yang telah dilalui ABMK ketika bertemu Axis-O2 PJ FC dan MPKJ The Lions.

Zul Hilmi bukan sahaja berbaloi untuk dimiliki, beliau juga bakal menjadi pembelian yang menjimatkan buat pasukan anda.

2) Muhammad Nuriskandar Abdul Hamid (ABMK) – 6.0

Pemain yang beraksi di bahagian serangan ini pula mampu untuk menjadi pemusnah buat pasukan lawan.

Larian-lariannya berjaya mengkucar-kacirkan pertahanan lawan. Ia terbukti apabila pertahanan Axis-O2 terpaksa melakukan kekasaran terhadap beliau pada aksi sulung tempoh hari yang sekaligus memberikan sepakan penalti buat ABMK.

Pada perlawanan bertemu MPKJ The Lions pula, Nuriskandar yang dimasukkan pada babak kedua berjaya mencipta jaringan kedua di minit ke-49 untuk menghadiahkan kemenangan 2-0 buat ABMK.

3) Afiq Azmi (Puchong Fuerza) – 8.0

Penyerang yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Pemain yang pernah mewarnai saingan Liga Malaysia ini bermula hambar pada perlawanan pertama menentang Gombak FC.

Namun, aksi minggu lalu bertemu Paya Jaras Hiliran menyaksikan pemain yang berusia 29 tahun ini kembali menemui sentuhan jaringan dengan dua gol yang berjaya dihasilkan.

Dengan keyakinan mencipta jaringan yang sudah kembali, tidak mustahil beliau mampu mengulanginya pada pertembungan menentang Banting Naga FC, Sabtu ini.

4) Ismail Mamat (NPNG FC Damansara Damai) – 6.0

Pemain sayap kiri kelahiran Terengganu ini mempunyai larian deras yang mampu menewaskan pemain pertahanan sisi pasukan lawan.

Beliau yang pernah mewakili DRB Hicom dalam saingan Liga Premier berjaya menjaringkan gol kedua pada perlawanan menentang Duta ZXIV minggu lalu.

Aksi kedua bertemu Cheras Raptors juga memperlihatkan kelincahan pemain berusia 28 tahun ini dalam usaha memecah masuk ke kotak penalti lawan.

Foto: ligakita.my

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN