Piala AFF 2018: Tan Cheng Hoe Tidak Mahu Pemain Takut Hadapi Thailand

Walaupun rekod pertemuan pasukan Harimau Malaya dengan skuad Gajah Puith tidak begitu baik, jurulatih skuad negara, Tan Cheng Hoe menegaskan anak buahnya tidak gentar berhadapan juara bertahan Piala AFF itu pada hari Sabtu ini.

Malah, beliau yakin Thailand mampu ditewaskan jika pemain mengikut perancangan taktikal miliknya menjelang pertemuan separuh akhir pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil.

“Kedua-kedua pasukan kerap bertemu sebelum ini dan kelebihan nyata milik Thailand.

“Kami tidak boleh takut kepada mereka dan setiap pemain perlu ada keyakinan untuk meraih kemenangan.

“Jika mereka memegang kepada kepercayaan itu, kami akan dapat melalui segala rintangan dan halangan,” katanya kepada Stadium Astro.

Adisak Kaisorn kini telah menjaringkan 8 gol dalam saingan Piala AFF. Foto: The Star

Mengulas mengenai pasukan lawan, Cheng Hoe mengakui Thailand mempunyai ramai pemain berkualiti dan barisan pertahan negara perlu merantai penyerang berbisa mereka, Adisak Kaisorn.

“Kami perlu lebih fokus dan agresif dalam menangani serangan mereka.

“Adisak sememangnya seorang penyerang yang baik, jadi barisan pertahanan kami perlu mengekalkan prestasi terbaik seperti dalam perlawanan sebelum ini,” tambahnya.

Cheng Hoe kaji taktikal dan corak permainan Thailand

Menjelang aksi separuh akhir pertama pada hari Sabtu ini, Cheng Hoe turut menjelaskan beliau dan barisan jurulatih sedang membuat kajian terhadap taktikal Thailand dan corak pemainan mereka.

Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin memberi taklimat kepada pemain. FOTO: FAM

“Kami tengok beberapa perlawanan mereka (Thailand) di peringkat kumpulan dan walaupun tak turunkan tiga atau empat pemain bintang mereka, kami boleh nampak mereka satu pasukan yang lengkap.

“Bermula dari penjaga gol hingga ke jentera serangan, pemain mereka memang bagus. Thailand memiliki pemain dan liga yang berkualiti.

“Pemain saya tidak boleh hilang fokus dan perlu lebih agresif. Kami tahu pemain mereka terutama Adisak (Kraisorn) cukup berbahaya kerana walaupun dapat peluang sedikit saja dia boleh jaringkan gol,” kata dalam Berita Harian. 

Harimau Malaya mara ke separuh akhir selepas menundukkan Myanmar 3-0 di Stadium Nasional, Sabtu lalu sekali gus muncul naib juara Kumpulan A.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN