Kisah Perit Dan Penyesalan Michael Owen Tinggalkan Liverpool Untuk Ke Madrid

Pelbagai kenangan sejak di usia muda di Liverpool, masih belum cukup membuatkan hati penyerang sensasi England satu ketika dulu, Michael Owen untuk kekal setia di kelab itu.

Owen memulakan kerjayanya sebagai pemain bola sepak di akademi Liverpool pada 1991-1996.

Pada tahun 1996, Owen telah diserap ke pasukan utama Liverpool sehinggalah pada tahun 2004 apabila beliau memutuskan untuk berhijrah keluar dari England untuk menyertai Real Madrid.

Dalam sebuah filem dokumentari berjudul “Make Us Dream”, terdapat satu babak, turut diselitkan perjalanan Michael Owen dengan mendedahkan satu kisah yang peminat ingin tahu dan masih tertanya-tanya sehingga sekarang – yakni kenapakah beliau meninggalkan Liverpool dan memilih untuk ke Real Madrid ?

(Photo by Neal Simpson/EMPICS via Getty Images)
Kejayaan di Liverpool

Michael Owen telah berjaya menjaringkan 158 gol dalam 297 penampilannya sepanjang bersama Liverpool.

Sepanjang tempoh lapan tahun di Anfield, Owen telah berjaya membantu pasukan meraih pelbagai trofi kejuaraan – Piala FA 2001, Piala Liga 2001 & 2003, dan Piala UEFA 2001.

 

Owen juga turut menerima anugerah PFA Young Player of the Year 2001 dan juga European Footballer of the Year 2001 (Ballon d’Or).

Perpindahan mengejutkan

Owen menikmati hari-hari terbaik di Merseyside dengan mengukir namanya sebagai salah seorang penyerang terbaik di kelab tersebut – dan England pernah lahirkan.

Owen dijadikan sebagai ikon dan idola seluruh fanatik Liverpool pada ketika itu. Namun segalanya berakhir selepas beliau menandatangani kontrak dengan Real Madrid pada tahun 2004.

Keputusan yang dibuat Owen itu telah mengejutkan semua peminat Liverpool.

 

Owen menyertai Real Madrid selepas mendapat persetujuan kedua-dua kelab dengan nilai perpindahan berlaku sebanyak €12 juta.

Carragher cuba halang

Perpindahan Owen ke Real Madrid tidak mendapat persetujuan dari rakan sepasukan, Jamie Carragher.

Dalam filem tersebut, turut memaparkan Jamie Carragher -pertahanan Liverpool ketika itu – mendakwa bahawa beliau pernah berusaha untuk cuba menyakinkan Owen supaya tidak pergi ke Real Madrid, dan kekal di Anfield.

Bagaimanapun, Owen menjelaskan bahawa Real Madrid adalah destinasi terbaik untuk beliau mengembangkan potensi diri setelah meraih anugerah Ballon d’Or pada 2001.

“Saya berada di dalam bilik dengan Michael [Owen] ketika dia mengangkat telefon.”

“Perkataan pertama yang saya katakan kepadanya ialah – ‘Saya tidak akan pergi,’ “ujar Carragher.

Carragher mengakui dirinya memahami apa yang Owen mahukan ketika itu. Ia bagaikan peluang yang sukar ditolak, apatah lagi untuk beraksi berdampingan dengan deretan Galaticos di Bernabeu.

“Saya faham, jika saya berada di tempatnya, saya pasti memilih untuk pergi beraksi dengan beberapa pemain terhebat dunia. Tetapi pada masa yang sama, akan wujud persaingan hebat di dalam pasukan yang mungkin tidak dapat diatasi oleh beliau,” katanya.

(Photo by Popperfoto/Getty Images)
Owen tetap ke Real Madrid

Michael Own akhirnya diumumkan secara rasmi sebagai pemain Los Blancos di Santiago Bernabeu pada 13 Ogos 2004. Perpindahan Owen telah mendapat liputan meluas media-media sukan antarabangsa.

Namun, perjalanan Owen di Sepanyol tidaklah selancar seperti yang beliau inginkan. Malah beliau hanya mampu bertahan untuk satu musim sahaja.

Owen jarang diletakkan sebagai kesebelasan utama pasukan. Dari 35 penampilan, Owen hanya  berjaya menjaringkan 13 gol secara keseluruhan untuk Los Blancos.

Mandatory Credit: Action Images / Michael Regan

Real Madrid juga mengalami kemerosotan prestasi sehingga menyebabkan mereka terpaksa menukar sebanyak tiga pengurus yang berbeza – José Antonio Camacho, Mariano García Remón dan Vanderlei Luxemburgo.

Walaupun pertukaran tiga pengurus bersilih ganti, itupun masih belum dapat meletakkan Owen sebagai penyerang utama kerana perlu bersaing dengan pemain lain seperti bintang Brazil, Ronaldo.

Sebab ‘Real Madrid’ hebat

Tidak banyak yang tahu apakah alasan utama Owen meninggalkan Liverpool pada saat itu.

Dalam dokumentari tersebut, Owen menjelaskan bahawa dirinya hanya tidak ingin melepaskan peluang dan menyesal di kemudian hari jika menolak tawaran untuk beraksi bersama Real Madrid.

“Saya berfikir sendiri. Jika saya berkata tidak, saya mungkin akan memikirkan Real Madrid dengan penuh penyesalan sepanjang hidup saya. Setidaknya, saya harus mencubanya,” jelas Owen

(Photo by Etsuo Hara/Getty Images)
Mengaku menyesal 

Michael Owen pernah meluahkan kekesalan beliau kerana memilih untuk meninggalkan Liverpool, semata-mata untuk mengejar cita-cita yang tidak pasti bersama Real Madrid.

Bekas bintang England yang pernah menjaringkan gol sensasi di Piala Dunia 1998 ketika menentang Argentina itu juga mengakui pernah cuba untuk kembali menyertai kelab Merseyside itu.

Dalam sebuah buku berjudul Ring of Fire tulisan Simon Hughes, Owen dipetik sebagai berkata:

) (Photo by Owen Humphreys – PA Images/PA Images via Getty Images)

“Pada setiap musim panas, saya menghubungi Jamie Carragher dan mengatakan kepada beliau untuk mencari cara untuk saya kembali ke Liverpool.”

“Saya bertanyakan kepadanya, ‘Carragher, Apakah Rafael [Benitez)] masih mahukan khidmat saya?’ kemudian soalan itu berterusan : ‘Adakah Kenny [Dalglish] perlukan saya?’, dan soalan tersebut berterusan…’Adakah Brendan [Rodgers)] menginginkan saya?”

“Itulah soalan yang sentiasa saya tanyakan kepada Carraagher. Dan saban musim, Liverpool sudah pun memiliki penyerang pilihan mereka sendiri di bawah kendalian pengurus-pengurus tersebut.”

(Photo by Clive Mason/Getty Images)

“Dan amat mustahil untuk saya kembali menyertai Liverpool ketika mereka mahukan saya akibat kecederaan yang menimpa ” jelas Owen.

Karier Michael Owen bagaikan seorang pemain yang kempunan. Bak kata pepatah melayu, ‘yang dikejar tak dapat, yang digendong keciciran. Ia adalah pengalaman perit dan penuh penyesalan dari bekas pemain itu.

Saki baki karier

Owen sempat beraksi bersama Newcastle United (2005-2009), dimana karier beliau turut dibayangi dengan kecederaan. Sir Alex Ferguson melakukan kejutan apabila membawa Owen ke Old Trafford secara percuma pada Julai 2009 – dan membantu Manchester United menjuarai kejuaraan Liga Perdana Inggeris pada musim berikutnya.

Ada yang menganggap pilihan Owen menyertai Manchester United sebagai satu pengkhianatan – namun apakah pilihan lain buat Owen yang cuba menyelamatkan karier beliau pada ketika itu.

Beliau akhirnya mengakhiri karier sebagai pemain profesional pada musim 2012/13 ketika bersama Stoke City.

(Photo by John Peters/Man Utd via Getty Images)
Penutup

Mungkin akan ada segelintir pengikut bola sepak Inggeris memperlekehkan pilihan Owen untuk meninggalkan Liverpool untuk ke Madrid. Atau mengannggap pilihan beliau untuk menyertai Manchester United sebagai pilihan tepat untuk merealisasikan impian bergelar juara Liga Inggeris.

Tetapi siapa tahu apa yang Michael Owen dan Liverpool boleh capai, jika beliau memilih untuk terus kekal bersama kelab Merseyside itu satu ketika dahulu.

 

 

 

.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN