PSSI (Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia) kini terus diberikan tekanan hebat oleh para penyokong Indonesia. Penyokong Indonesia mendesak Presiden PSSI agar meletak jawatan kerana Indonesia kandas di pusingan awal Piala AFF 2018 sekaligus melanjutkan lagi kemarau kejuaraan mereka.
Bagaikan jatuh ditimpa tangga – selepas tersingkir – beberapa hari lalu, PSSI menjadi perhatian media dan penyokong Indonesia kerana melakukan kesalahan dianggap kesalahan budak sekolah.
Ini apabila dalam perlawanan menentang Timor Leste, PSSI gagal menampal ‘patch’ Piala AFF Suzuki pada lengan baju mereka.
Fix tanpa patch AFF 2018 @Jerseyforum @JerseyLigina kanan kiri ga ada pic.twitter.com/sWdwXx17aN
— Kolektor Jersey Timnas Indonesia (@Officialkjti) November 13, 2018
Ketua Perhubungan Media Dan Promosi Digital PSSI – Gatot Widakdo menyatakan mereka sudah meminta maaf kepada pihak penganjur kerana lupa menampal logo tersebut.
https://twitter.com/OngenAv/status/1063445385119698944
Gatot Widakdo berkata: “Kami sudah meminta ‘patch’ itu daripada AFF lebih awal, tetapi patch hanya diberikan kepada kami sehari sebelum pertandingan.”
“Ketika diberikan, kami terus menampal ‘patch’ itu pada jersi jersey away kerana kami ingatkan kami adalah pasukan tamu (away). Oleh itu kami tak terburu-buru dalam memasang patch itu di jersi merah.”
Walaupun kes ‘patch’ itu mungkin dimaafkan oleh AFF – beberapa hari selepas itu, PSSI melakukan kesalahan mudah sekali lagi. Ini apabila para pemain Indonesia menggunakan jersi latihan yang terpampang penaja dalam sesi latihan rasmi sebelum menentang Timor Leste tempoh hari.
Ianya melanggar garis panduan yang ditetapkan oleh penganjur. Dalam Kod Disiplin Fasal 6.11 – berkaitan warna dan nombor pasukan; semua pasukan dilarang menggunakan logo penaja pada kostum, sama ada di dalam ataupun di luar stadium merangkumi – sesi latihan rasmi, ketika perlawanan dan pada sidang media.
PSSI didenda sebanyak $8,000 ataupun sekitar RM33,550.00 untuk kesalahan tersebut dan perlu dijelaskan dalam masa 7 hari. Jika tidak, angka denda itu akan digandakan.
Di media sosial para penyokong Indonesia bengang dengan pengurusan PSSI yang diibaratkan mereka memalukan kerana melakukan kesilapan yang tidak sepatutnya.
Indonesia masih ada 1 lagi baki perlawanan dalam saingan Piala AFF 2018 – menentang Filipina. Pengendali Indonesia, Bima Sakti mahukan anak-anak buahnya buat yang terbaik untuk mencipta kemenangan meskipun mereka sudah tersingkir.