Piala AFF 2018: Keputusan Seri 1-1 Filipina & Thailand Humban Indonesia Keluar Dari Persaingan

Filipina

Keputusan seri 1-1 yang dicatatkan Filipina dan Thailand di Panaad Stadium serta kemenangan besar 6-1 Singapura keatas Timor Leste pada perlawanan malam tadi menjadikan persaingan tiga pasukan dalam merebut slot ke separuh akhir bagi kumpulan B.

Keadaan itu juga pastinya mencuri tumpuan apabila Indonesia secara sahnya sudah terkeluar daripada persaingan tersebut. Dua slot ke separuh akhir hanya akan direbut Thailand, Filipina dan Singapura.

Aksi di babak pertama menyaksikan penguasaan yang ditampilkan pasukan tuan rumah dengan beberapa gerakan berbahaya ke arah kubu Thailand yang berjaya dicipta.

Namun, skuad bimbingan Sven Goran Eriksson itu gagal menyudahkan peluang yang terhidang untuk perlawanan terikat tanpa jaringan sehingga aksi di separuh masa pertama.

Dalam keghairahan Filipina memburu jaringan, Thailand membuatkan ribuan penyokong tuan rumah sepi pada minit ke-56.

Supachai Jaided yang menerima hantaran lintang dari sebelah kiri pintu gol Filipina yang dilakukan Philip Roller, menyempurnakan peluang dimiliki untuk membuka tirai jaringan.

Jaringan yang ditunggu-tunggu Filipina akhirnya menjelma pada minit ke-81 menerusi kombinasi menarik di antara Jovin Bedic dan John-Patrick Strauss bagi memberikan peluang buat Bedic melepaskan rembatan dari luar kawasan penalti Thailand.

Bola yang terbias mengenai pertahanan Thailand, hanya singgah di tiang gol dan bergolek masuk ke dalam gawang walaupun penjaga gol, Chatchai Budprom berusaha untuk mengeluarkan bola untuk kembali mengikat kedudukan.

Keputusan 1-1 kekal hingga wisel penamat ditiupkan untuk kedua-dua pasukan masih mengekalkan rekod tanpa kalah dengan masing-masing mengumpul tujuh mata.

Thailand bagaimanapun berada di tangga teratas selepas mempunyai kelebihan perbezaan jaringan berbanding Filipina.

Sementara itu di Stadium Nasional Singapura, pemain import Pahang, Safuwan Baharuddin mencipta hatrik bagi membantu Singapura membelasah Timor Leste 6-1.

Tiga lagi jaringan tuan rumah dihasilkan oleh Ikhsan Fandi yang menyumbat dua gol manakala Faris Ramli turut meletakkan nama selaku penjaring pada minit ke-90. Gol saguhati Timor Leste hasil jaringan Rufino Gama.

Kemenangan itu meletakkan Singapura ditempat ketiga dengan enam mata yang berjaya dikumpul.

Aksi terakhir pada hari Ahad ini ternyata begitu mendebarkan apabila Thailand bakal berdepan Singapura di Bangkok manakala Filipina akan berkunjung ke Jakarta untuk berdepan Indonesia.

Kredit foto: AFF Suzuki Cup

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN