Carlton Cole: Marko Arnautović Harus Dikekalkan, Rugi Besar Jika West Ham Melepaskannya

Arnautović

Kecemerlangan Marko Arnautović dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) pada musim ini dengan memikul tugas sebagai penyerang utama West Ham United telah membuatkan nama beliau kini menjadi sasaran kelab-kelab di Eropah.

Situasi itu turut mendapat reaksi dari bekas penyerang West Ham, Carlton Cole yang meminta agar kelab itu menawarkan kontrak baru sambil mengharapkan Arnautović kekal disana.

Bagi Cole, beliau menyifatkan Arnautović adalah penyerang terbaik yang dimiliki kelab dan jika pasukan itu melepaskannya, ia adalah satu kerugian yang amat besar untuk kelab.

Jika dia (Arnautović) pergi, itu akan menjadi kerugian paling besar bagi West Ham, tetapi kami selalu akan menemukan cara untuk mengekalkannya.” kata Cole menerusi Goal

LIVERPOOL, ENGLAND – SEPTEMBER 16: Marko Arnautovic of West Ham United celebrates after scoring his team’s third goal during the Premier League match between Everton FC and West Ham United at Goodison Park on September 16, 2018 in Liverpool, United Kingdom. (Photo by Alex Livesey/Getty Images)

“Kami selalu berusaha melakukannya.”

“Saya tidak ingin dia pergi. Saya fikir kelab tidak akan membiarkan dia pergi, kerana dia adalah pemain utama kami.”

Pemain yang disayangi

Penyerang kelahiran Austria ini menjalani karier pertamanya di England dengan menyertai Stoke City pada 23 September 2013.

Selepas 4 musim di Stoke, pengurus West Ham, Slaven Bilic berminat untuk mendapatkan Arnautović dan kelab itu bersetuju membuat bayaran sebanyak 22,3 Juta Euro pada 22 Julai 2017.

Prestasi Arnautović bersama West Ham boleh dikatakan terdapat peningkatan.

Pada musim ini, beliau sudah berjaya menjaringkan 5 gol untuk 11 perlawanan yang telah dilalui berbanding musim lalu dengan hanya menjaringkan 11 gol untuk 35 perlawanan secara keseluruhan.

Cole turut menilai bahawa penyokong The Hammers ketika ini sudah mula menjadikan Arnautović sebagai pemain kesayangan dan ikon di kelab itu.

Tambah Cole lagi, dia percaya Arnautović juga mempunyai cinta yang sama kepada kelab dan pemain itu tidak akan meninggalkan kelab tersebut untuk beberapa musim yang akan datang.

“Dia bahagia di kelab ini. Saya fikir dia tidak berminat untuk pergi. Dia pemain yang dicintai di sini,” kata Cole.

“Saya tidak dapat melihat sebab apakah dia perlu meninggalkan kelab.”

“Semua orang tahu apa yang mampu dia lakukan di sini dan saya fikir kami akan membuatnya untuk bertahan.”

Jadi sasaran kelab lain

Walaupun Arnautović berjaya mengangkat namanya pada musim ini, namun tidak bagi West Ham.

Selepas 12 perlawanan, West Ham kini berada di tangga ke-13 carta EPL dengan hanya mengumpul 12 perlawanan.

LONDON, ENGLAND – SEPTEMBER 29: Marko Arnautovic of West Ham United in action with Paul Pogba and Chris Smalling of Manchester United during the Premier League match between West Ham United and Manchester United at London Stadium on September 29, 2018 in London, United Kingdom. (Photo by Marc Atkins/Getty Images)

Hal tersebut membuatkan banyak pihak mula meletakkan sasaran untuk membawa Arnautović keluar dari West Ham dan menyertai pasukan yang lebih konsisten.

Pemain berusia 29 tahun itu telah dikaitkan bakal meninggalkan kelab itu pada Januari depan.

Chelsea, Manchester United, Inter Milan dan Everton antara kelab yang berminat menandatanganinya.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN