Piala AFF 2018: Jangan Leka Macam Kami Dahulu, Pesan Dollah Salleh

Bekas jurulatih skuad kebangsaan, Dollah Salleh berharap para pemain Harimau Malaya akan memberikan aksi terbaik dalam aksi menentang Thailand pada Sabtu ini. Beliau menyatakan keyakinan ke atas pasukan Malaysia untuk mengejutkan Thailand.

Dollah Salleh juga mengharapkan barisan tengah Malaysia akan lebih kreatif dalam membantu barisan serangan.

Seterusnya, Dollah Salleh memberikan peringatan agar para pemain Malaysia tidak mengulangi kesilapan oleh Harimau Malaya pada 2014. Ketika itu Malaysia dibimbing oleh Dollah Salleh.

Kelekaan dan hilang fokus pada 10 minit terakhir, menyebabkan Harimau Malaya terlepas peluang keemasan untuk menjulang Piala AFF 2014.

Oleh itu Dollah Salleh mahukan para pemain Malaysia kekalkan fokus sehingga wisel penamat. Dalam edisi 2014, Thailand menjaringkan 2 gol dalam tempoh 5 minit dalam aksi final ke-2.

Malaysia hanya perlu bertahan baik 10 minit terakhir sahaja lagi ketika itu. Namun skuad kebangsaan kita gagal melakukannya. Ia membuatkan Harimau Malaya berputih mata meskipun sudah menjaringkan 3 gol – mengatasi agregat 2 gol oleh Thailand daripada perlawanan pertama.

Dollah Salleh berkata: “Bukan mudah berdepan Thailand walaupun bermain di laman sendiri. Jadikan apa yang berlaku pada edisi 2014 sebagai pengajaran.”

“Kita bermain dengan baik untuk mendahului 3-0 tetapi apabila kita buat kesilapan sikit sahaja, mereka hukum dan segalanya musnah.”

“Kali ini kita tidak boleh buat silap lagi, pemain perlu berikan lebih daripada 100 peratus usaha dan kekal fokus selama 90 minit permainan.”

“Singapura yang saya kira antara pasukan yang mempunyai barisan pertahanan terbaik dalam kempen kali ini juga mudah dibolosi Thailand.”

BANGKOK-THAILAND- Match photo during AFF Suzuki Cup 2018 Final Rounds group B between Thailand vs Indonesia at the Rajamangala Stadium on November 17, 2018. Picture by Thananuwat Srirasant/Lagardere Sport.

Thailand adalah pasukan pilihan untuk menjuarai edisi kali ini meskipun mereka tidak dapat menggunakan khidmat beberapa pemain bintang mereka yang ada komitmen dengan liga di luar negara.

Perseteruan antara Malaysia dan Thailand bukannya baru dalam bola sepak di Asia Tenggara. Thailand juga sentiasa waspada dengan kemampuan pasukan Malaysia setiap kali bertemu.

Adisak Kraisorn dan Norshahrul Idlan Talaha antara 2 pemain yang dijangka akan terus mengemudi barisan serangan pasukan masing-masing.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN