Del Piero: Fabio Paratici Watak Penting Disebalik Kehadiran Ronaldo Di Juventus

Bekas pemain Juventus, Alessandro Del Piero mendedahkan bahawa wujud watak penting di sebalik kejayaan kelab itu membawa masuk Cristiano Ronaldo ke Turin.

Individu yang dimaksudkan Piero itu adalah pengarah sukan Juventus, Fabio Paratici.

Paratici memang dikenali sebagai watak utama dalam membantu Juventus untuk merekrut pemain-pemain muda ke kelab itu sejak beliau memegang jawatan pada Mei 2010.

Paratici bawa Ronaldo ke Turin

Del Piero berpendapat persetujuan Ronaldo untuk menyertai Juventus adalah kerana pengaruh Paratici.

Beliau juga percaya, prestasi cemerlang Ronaldo bersama Juventus ketika ini berhubung kait dengan pengarah sukan itu.

“Ronaldo? Saya percaya bahawa Paratici telah menyumbang kepada impak yang diberikannya kepada Juventus,” kata Del Piero kepada Sky Sport dipetik menerusi Calciomercato.

“Cristiano telah memenangi banyak gelaran dan juga lima Ballon d’Or, kemampuannya tidak boleh diragukan. Dia membawa Juventus ke tahap yang lebih tinggi dari segi prestasi dan keputusan,” lanjutnya.

Bintang Portugal itu didatangkan ke Juventus dengan nilai perpindahan mencapai 105 juta euro (RM494.65 juta) dengan pemain berusia 33 tahun itu menandatangani kontrak selama empat tahun bernilai 30 juta euro (141.27 juta) semusim.

Selepas 16 perlawanan, Ronaldo telah menjaringkan 10 gol serta 5 bantuan gol untuk Juventus. Sekaligus menjadikan beliau sebagai pemain Juventus terpantas menjaringkan 10 gol dalam musim pertama.

Juventus semakin kuat

Bercakap mengenai prestasi Juventus pada musim ini, Del Piero sebagai berkata, beliau begitu kagum melihat kekuatan pasukan selepas kehadiran Ronaldo.

“Juventus telah menunjukkan kekuatannya. Mereka tidak melakukan kesalahan apapun.”

Bertanya mengenai persaing pasukan Inter Milan, Del Piero menjawab, “Inter? reaksinya baik bagi kami apabila mereka kalah kepada Atalanta. Tetapi jarak dengan Juventus masih sangat jauh.”

Juventus kini mendahului kedudukan Serie A dengan mengumpul 37 mata daripada 13 perlawanan. Sementara Inter Milan masih kekal di tempat ketiga dengan dibezakan sembilan di belakang Juventus.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN