Piala AFF 2018: Harimau Malaya Buru Kemenangan Yang Kedua

Walaupun skuad Harimau Malaya memulakan kempen Piala Suzuki AFF dengan langkah kanan apabila menewaskan Kemboja di Phnom Penh beberapa hari lalu namun ia masih belum memuaskan hati pengendali pasukan itu, Tan Cheng Hoe.

Terdapat beberapa kelemahan di bahagian serangan yang perlu diperbaiki menjelang aksi kedua peringkat kumpulan menentang Laos di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam esok.

Malah, Cheng Hoe membayangkan bakal melakukan pertukaran pemain terutama di bahagian serangan.

“Ia saya akan buat sedikit pertukaran memandangkan kelemahan kita di serangan agak ketara ketika aksi pertama. Mungkin ia (rombakan) membabitkan pertukaran pemain atau perubahan posisi pemain, itu kita kena tunggu malam esok.

“Saya mahu pasukan gunakan kesempatan beraksi di laman sendiri dengan sebaik-baiknya dan memburu seberapa banyak gol, sebelum kita berdepan pasukan kuat Vietnam dan Myanmar,” katanya kepada Berita Harian.

Tan Cheng Hoe memberi taklimat kepada pemainnya ketika sesi latihan di Stadium Bukit Jalil hari ini. FOTO: FAM

Mengulas mengenai pertemuan menentang Laos, Cheng Hoe mahu pemainnya sentiasa fokus dan tidak memandang rendah kepada pasukan lawan.

“Pasukan perlu fokus dan konsisten sejak minit awal hingga akhir permainan. Kita tidak boleh memandang mudah cabaran Laos yang mampu menghukum pasukan jika kita leka,” tegasnya.

Kemenangan ke atas skuad V Sundramoorthy malam esok akan memberi kelebihan kepada Harimau Malaya sebelum mengharungi aksi lebih sukar selepas ini iaitu menentang Vietnam dan Myanmar.

Jika menang, Malaysia perlu sekurang-kurangnya seri ke atas Vietnam untuk mencerahkan peluang mara ke peringkat separuh akhir.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN