Pemain berkelana di Eropah dan mewakili pasukan masing-masing di Asia Tenggara adalah antara yang mencuri perhatian di kejohanan Piala AFF 2020 yang berlangsung di Singapura.
Kejohanan edisi kali ini menampilkan 13 bakat dari Asia Tenggara yang berpengkalan di Eropah. Berikut adalah senarai 12 pemain tersebut:
1. Kawin Thamsatchanan (Thailand)
Kawin Thamsatchanan adalah penjaga gol yang membantu skuad Gajah Perang menjuarai Piala AFF edisi 2014 dan 2016.
J.League clubs consider making a bid for Thailand goalkeeper Kawin Thamsatchanan#ThailandFootball pic.twitter.com/D0vOYcOk8e
— Football Tribe Asia (@FootballTribeEN) October 13, 2017
Beliau kini bersama kelab Liga Belgium, OH Leuven. Sejak berhijrah ke Belgium pada musim 2017-19, Kawin telah melakukan 20 penampilan bersama pasukannya di Eropah.
2. Jonathan Khemdee (Thailand)
Jonathan Khemdee merupakan pemain pertahanan berdarah Denmark-Thailand berusia 19 tahun.
Pemain itu kini beraksi di Danish Superliga bersama Odense Boldklub. Debut pertama beliau di Denmark ialah ketika menentang FC Midtjyland dalam perlawanan Piala Denmark.
🌟 The emergence of Jonathan Khemdee has been a revelation in 🇹🇭’s backline. The 19yo demonstrated great defensive awareness and good ability on the ball when needed. Though he’s still new to the group, Khemdee showed no sign of shyness and has won many fans along the way. 1/3 pic.twitter.com/Hw293btQBu
— Thai League Central (@TL_Central) October 31, 2021
Sebelum disenaraikan di dalam skuad senior untuk pertandingan Piala AFF 2020 ini, Jonathan Khemdee terlebih dahulu telah beraksi bersama skuad Thailand B-23 di pusingan kelayakan Piala Asia B-23 di Mongolia pada Oktober lalu.
3. Thanawat Suengchitthawon (Thailand)
Pemain tengah berusia berusia 21 tahun ini dianggap sebagai salah seorang pemain berprofil tinggi di Piala AFF 2020 kerana beraksi bersama Leicester City.
#News | 🇹🇭 Thailand player, Thanawat Suengchitthawon (21) made his first debut for Leicester 🏴 in Pre-Season Match lastnight. pic.twitter.com/rAUbumn723
— ASEAN FOOTBALL (@theaseanball) July 25, 2021
Thanawat Suengchitthawon sudah pun bergelar pemain The Foxes sejak September 2020, dan sempat beraksi bersama skuad senior kendalian Brendan Rodgers dalam aksi menentang Manchester City pada 3 April lalu.
4. Jesper Nyholm (Filipina)
Dilahirkan di Sweden dan berusia 28 tahun, Jesper Gunnar Fernando Nyholm merupakan pemain keturunan Filipina yang berasal daripada ibunya.
Karier profesional Jesper sememangnya bermula di Sweden, dan kini berliau bermain untuk Djugardens IF di Liga Swedia Allsvenskan.
Stort grattis till Jesper Nyholm som har blivit uttagen till Filippinernas landskamper i December. pic.twitter.com/7Gba675hma
— DIFcentralen (@DIFcentralen) November 27, 2021
Jesper Nyholm mulai mewakili Filipina pada Mei 2021 untuk perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022. Itu sebelum namanya didaftarkan untuk Piala AFF 2020.
5. Angel Guirado (Filipina)
Angel Guirado adalah pemain versatile yang mampu beraksi sebagai pemain sayap dan juga penyerang.
Beliau kini beraksi bersama Alhaurin de la Torre, yang beraksi di Tercera Division iaitu kelab divisyen keempat Sepanyol.
https://twitter.com/incostirva/status/1467525865701396483
Guirado sebenarnya bukan watak asing di Malaysia dan bola sepak Asia Tenggara. Pernah bergelar pemain import Negeri Sembilan, beliau juga pernah menyarung jersi Udon Thani, Chonburi (Thailand), Davao Aguilas (Filipina), dan Negeri Sembilan (Malaysia).
6. Ikhsan Fandi (Singapura)
Salah seorang anak legenda Singapura, Fandi Ahmad yang mengikuti jejak langkah ayahnya sebagai pemain bola sepak. Beliau kini beraski di Norway bersama FK Jerv.
With a brace that consisted of a header and a tight-angled finish, 🇸🇬 Ikhsan Fandi is your @oppo Man of the Match for #SGPvMYA 🔥 #OPPOA95 | #TheSmartPerformer | #AFFSuzukiCup2020 | #RivalriesNeverDie | pic.twitter.com/c3CZVPkiSf
— AFF Mitsubishi Electric Cup (@affmecup) December 5, 2021
Sebelum itu Ikhsan Fandi turut pernah mewakili Raufoss IL pada musim 2019-20 selepas berjaya dalam uji bakat.
7. Dion Cools (Malaysia)
Dion Johan Cools kini beraksi bersama kelab Danish Superliga, FC Midtjylland. Merupakan pemain versatile, Cools boleh beraksi di posisi bek tengah, bek kanan dan kiri selain sebagai pemain sayap.
Dion Cools yang berdarah Belgia-Malaysia tampil melakukan debut bersama skuad kebangsaan Malaysia di pusingan kelayakan Piala Dunia 2022 melawan UEA pada 3 Jun lalu.
https://twitter.com/j_league_now/status/1404781346220765186
Pemain berusia 25 tahun ini kemudiannya turut disertakan di dalam skuad Piala AFF 2020.
8. Luqman Hakim Shamsudin (Malaysia)
Pada 20 September 2019, Luqman Hakim Shamsudin menandatangani kontrak selama lima tahun bersama klub divisyen pertama Belgium, KV Kortrijk.
It might not be the result he wanted but Malaysia's 🇲🇾 Luqman Hakim made his debut for KV Kortrijk in the Belgian Pro League on Friday night. 💪 pic.twitter.com/nxrmML1rL5
— ESPN Asia (@ESPNAsia) October 24, 2020
Merupakan pemain skuad B-21 Kortrijk, Luqman sehingga kini telah beraksi satu perlawanan bersama skuad senior dalam pertandingan Piala Belgium.
Luqman dianggap sebagai generasi baharu pemain Harimau Malaya dan masa depan bola sepak Malaysia.
9. Egy Maulana Vikri (Indonesia)
Egy Maulana beraksi bersama kelab Slovakia, FK Senica selepas empat tahun bersama Lechia Gdansk.
Setakat ini Egy telah bermain dan menjaringkan dua gol dalam debut menentang MSK Zilina.
Indonesia international, Egy Maulana Vikri, has been chosen as the Best AFC International Player of the Week.
The youngster scored 2 goals for FK Senica in the Slovak Super Liga this week. pic.twitter.com/yqvJN4aT67
— footballIndonesia (@footballinanews) December 5, 2021
Bagaimanapun khidmat Egy hanya akan boleh ditagih sekiranya Indonesia mara ke separuh akhir selepas tidak mendapat pelepasan awal daripada kelabnya.
10. Witan Sulaeman (Indonesia)
Pemain sayap Indonesia berusia 20 tahun ini beraksi bersama kelab Poland, Lechia Gdansk.
Sebelum itu Witan turut pernah beraksi di Serbia bersama FK Radnik Sudulica pada musim 2020-2021.
Witan Sulaeman is a brave man. 💪
A brave man and a supremely talented footballer. But we'll get to do that.#AFFSuzukiCup2020#Yanmar#FootballisOurEngine#NXGN pic.twitter.com/EANPVK5D7f
— GOAL Asia (@GOALasia) December 2, 2021
Namun setakat ini, pemain ini hanya pernah dipanggil beraksi untuk skuad simpanan kelab Poland itu.
11. Elkan Baggott (Indonesia)
Elkan Baggot adalah pemain berdarah Indonesia-Inggeris dan mewakili Ipswich Town di England.
Debut senior di peringkat kelab hadir pada 6 Oktober 2020 menentang Gilingam dalam perlawanan EFL Trophy.
Elkan Baggott is not your average footballer.
Born in Thailand, raised in England. Yet it is Indonesia🇮🇩 that gets his footballing heart going.#AFFSuzukiCup2020#Yanmar#FootballisOurEngine#NxGn pic.twitter.com/IKaQOPArWJ
— GOAL Asia (@GOALasia) November 29, 2021
Beliau kini beraksi bersama King’s Lynn Town secara pinjaman.
12. Billy Ketkeophomphon (Laos)
Billy Ketkeophomphone menjadi pemain harapan terbaru bola sepak Laos. Dilahirkan di Champingny-sur-marne, Perancis bu bapanya adalah antara pelarian Laos ke Perancis pada 1980 an.
Angers’ French forward Billy Ketkeophomphon ® vies… https://t.co/ipK3ChW3iz pic.twitter.com/lVjY6gyiMW
— Kayla (@nodangs) April 16, 2016
Billy Ketkeophomphone kini beramain untuk kelab Ligue 2 Perancis, Dunkerque. Sebelum itu beliau sempat beraksi di Ligue 1 bersma Angers SCO.
Penutup
Seperti yang kita tahu, bola sepak di Eropah sentiasa dipandang tinggi kerana kemampuan teknikal dan taktikal pemain yang beraksi di sana.
Kehadiran 12 pemain yang berpengkalan di Eropah diharap mampu memperkuatkan cabaran pasukan masing-masing.
Siapakah di kalangan 12 pemain ini mampu memperagakan aksi membantu pasukan negara – sesuai dengan reputasi masing-masing?