Piala AFC: Untuk Elak ‘Drama’ Tiket Ke Separuh Akhir Zon Asean, Kedah Wajib Atasi Visakha 3 Gol

Ngah Wanja Kedah gol Kaya FC wajib menang Visakha

Berdasarkan kedudukan terkini Kedah Darul Aman FC di Kumpulan G ketika ini, hanya kemenangan ke atas pendahulu, Visakha FC menjamin sepenuhnya tiket mereka ke separuh akhir zon Asean namun bersyarat.

Jika Kedah berjaya mengatasi wakil dari Kemboja itu, mereka akan dinobat sebagai juara kumpulan dengan syarat, Bali United wajib tewas kepada Kaya FC – yang mungkin mustahil untuk berlaku dalam saingan kali ini.

Kaya yang merupakan wakil dari Filipina dilihat sebagai lubuk mata penuh buat lawan. Mereka tewas kepada Visakha dengan keputusan 1-2 dan diikuti kekalahan besar 1-4 kepada Kedah dalam aksi kedua kumpulan.

Jadi, sangat mustahil untuk mengharapkan Kaya membuat kejutan ke atas Bali United pada Khamis (esok).

Apa yang boleh Kedah lakukan, jika tuan rumah, Bali United menang ke atas Kaya pada sebelah petang?

Jika Bali United menang, Kedah juga perlu menang

Kedah perlu menang ke atas Visakha. Ia bagi menjamin enam mata dalam tiga aksi buat anak didik Aidil Sharin Sahak itu. Oleh itu, tiga pasukan bakal terikat dengan enam mata apabila tirai saingan kumpulan dilabuhkan.

Berdasarkan peraturan 8.3.2.1 AFC Competitions, jika pasukan terikat dengan mata yang sama, peraturan head-to-head akan digunapakai. Di sini, ketiga-tiga pasukan masih terikat dengan tiga mata apabila saling mengatasi di antara mereka. Visakha menang ke atas Bali United – yang menang ke atas Kedah dan Kedah atasi Visakha.

Disebabkan peraturan head-to-head inilah, Bali United berada di kedudukan kedua kumpulan pada ketika ini.

AFC Cup Regulations

Jadi, kita merujuk pula kepada peraturan 8.3.2.2 yang menyatakan jika masih terikat, rekod perbezaan jaringan akan diambil kira. Ini yang menjadi rumit. Untuk menjadi juara kumpulan dan mara ke separuh akhir, Kedah perlu menang paling kurang tiga gol untuk mengatasi rekod dilakar Visakha setakat ini – perbezaan empat gol.

Jika menang dengan margin satu gol sebagai contoh, Kedah hanya akan berada di tangga kedua kumpulan.

Untuk menentukan tiket ke separuh akhir, hanya satu pasukan di kedudukan kedua dalam Kumpulan G, H, dan I akan terpilih. Di sini Kedah besar kemungkinan gagal apabila kemenangan ke atas Kaya tidak dikira disebabkan Kumpulan H hanya melibatkan perlawanan tiga pasukan – PSM Makassar, Tampines Rovers dan KL City FC.

Jika itu berlaku, Kedah hanya akan dikira mengumpul tiga mata sahaja – tolak mata menang ke atas Kaya.

Jangkaan keputusan dari dua lagi kumpulan menyaksikan kemungkinan minimum tiga mata dalam Kumpulan I (sama ada Hougang FC atau Viettel FC) dan satu mata (KL City – jika tewas kepada Tampines Rovers). Semua bergantung kepada aksi terakhir dalam dua kumpulan tersebut yang juga akan berlangsung pada esok hari.

Untuk meraih satu tiket daripada kedudukan kedua terbaik, Sang Kenari harus menang sekurang-kurangnya dengan margin dua gol dan masih perlu menanti keputusan daripada dua kumpulan lain untuk pengesahan.

Namun, jika KL City menang ke atas Tampines Rovers, segalanya berakhir untuk Kedah. Ini kerana, posisi kedua di Kumpulan H akan mengumpul minimum empat mata dan Kedah hanya mampu melakar tiga mata sahaja.

Jadi, untuk pilih laluan mara sebagai satu pasukan kedudukan kedua terbaik adalah jalan berliku buat mereka.

Tidak keterlaluan untuk kita simpulkan yang tiket Kedah untuk mara sebagai pasukan kedudukan kedua terbaik berada di tangan KL City. Untuk mengelak situasi tidak enak seperti ini, Kedah wajib untuk menang 3-0 ke atas Visakha seterusnya menjuarai saingan Kumpulan G dan mara sebagai juara kumpulan. Tiada pilihan lain.

Berdasarkan rekod pertembungan kedua-duanya dalam aksi persabahatan dua tahun lalu, Kedah menang 1-0.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN