Menjelang perlawanan malam ini dalam saingan Piala AFC 2022 peringkat Kumpulan H membabitkan Kuala Lumpur City (KL City) menentang PSM Makassar dari Indonesia, pastinya menjanjikan satu aksi sengit demi pemburuan tiga mata pertama untuk mengukuhkan kedudukan masing-masing.
Baik KL City atau PSM Makassar, kedua pasukan ini pastinya sudah membuat persiapan rapi demi saingan kali ini demi membuktikan sesuatu buat para penyokong.
Last prep before the first match of the AFC Cup tomorrow at 8 PM!
Get your combo tickets at https://t.co/W5pZpDRt5W, only RM 40 for all 3 matches!#KLCityFC #KLPride #SampaiMatiKualaLumpur #AFCCup2022 pic.twitter.com/v8Bo4oOqBT
— Kuala Lumpur City Football Club (@KLCityFootball) June 23, 2022
Menerusi sidang media semalam, Bernardo Tavares selaku pengendali PSM Makassar menganggap beraksi di gelanggang lawan bukan suatu masalah bagi mereka untuk mencipta keputusan positif.
Tavares nyata optimis para pemain kendaliannya mampu untuk melakar sesuatu yang menarik biarpun sedar bakal berhadapan dengan ribuan para penyokong lawan malam ini.
Tambah beliau, analisa permainan lawan juga sudah dibuat apabila Tavares sudah pun melihat persembahan KL City sewaktu pasukan tersebut tewas di tangan Terengganu 0-2 dalam aksi Liga Super lalu.
It’s about to begin… 🔴⚪️
AFC Cup 2022 Press Conference ahead of tomorrow’s match between Kuala Lumpur City and PSM Makassar at 8 PM, Stadium Bolasepak Kuala Lumpur. #KLCityFC #KLPride #SampaiMatiKualaLumpur #AFCCup2022 pic.twitter.com/3Heuo8bgqp
— Kuala Lumpur City Football Club (@KLCityFootball) June 23, 2022
Walaupun begitu, pengendali berusia 42 tahun itu menganggap apa yang dipamerkan oleh KL City pada perlawanan lalu bukan gambaran sebenar kelab tersebut dari segi corak permainan.
“Kuala Lumpur ada pemain import dan tempatan yang bagus, perlawanan terakhir saya lihat mereka tewas 0-2. Mereka kuat, tapi dalam perlawanan esok di atas padang adalah 11 lawan 11 pemain, kami akan cuba buat kejutan di sini.
“Bagi kami semua perlawanan adalah penting, jadi kami mengadakan aksi persahabatan sebelum ini dan esok cabaran besar bagi kami.
“Ia ujian besar kerana kami akan beraksi di gelanggang lawan, namun pemain tahu maksud pertandingan, kami akan bagi yang terbaik.
“Sudah pasti ia penting bagi kami untuk berada di sini dan berikan persembahan terbaik sebab kami bukan sahaja bermain untuk PSM Makassar, tapi juga untuk Indonesia,” katanya menerusi Arena Metro.
Selepas menentang PSM Makassar, skuad kendalian Bojan Hodak ini bakal menentang lawan seterusnya dari Singapura iaitu Tampines Rovers pada 30 Jun ini.
Persiapan akhir untuk pertandingan pertama AFC Cup 2022. ✊#EwakoPSM #PSMday pic.twitter.com/ciOYhH0nNv
— PSM Makassar (@PSM_Makassar) June 24, 2022
Skuad kendalian Bojan berjaya mempamerkan aksi cukup mantap pada tahun lalu termasuk menjuarai Piala Malaysia 2021 setelah menumpaskan Johor Darul Ta’zim (JDT).
Namun pada musim ini dalam saingan domestik, KL City dilihat sedikit bergelut dari segi prestasi untuk memberi persembahan lebih konsisten dalam setiap perlawanan.