Selangor Perlu Ambil Inspirasi Kebangkitan Brendan Gan Untuk Tampil Positif di SSI Malam Ini

Selangor kini sedang berada dalam momentum terbaik mereka untuk melakar keputusan positif bagi aksi seterusnya dalam saingan Liga Super 2022 menentang Johor Darul Ta’zim di Stadium Sultan Ibrahim (SSI).

Kelab tersebut perlu mengambil inspirasi daripada kebangkitan pemain mereka sendiri iaitu Brendan Gan untuk dijadikan pembakar semangat menentang JDT malam ini.

Pemain tengah tersebut mengalami musim-musim yang sangat sukar sebelum ini sebelum melakar kebangkitan buat pertama kali ketika menentang Sarawak United setelah sekian lama tidak beraksi termasuk menjaringkan gol.

Begitu juga dengan Selangor, pertemuan menentang JDT ini diakui bukan sesuatu yang mudah untuk mereka mencatat keputusan positif, namun jika Gan mampu melepasi saat-saat sukarnya maka kelab ini juga tidak mustahil melakar kejayaan sama.

Walaupun pasukan tersebut baru beraksi enam perlawanan setakat ini, Selangor antara pasukan paling tajam setakat ini dalam saingan Liga Super apabila kelab kendalian Michael Feichtenbeiner ini sudah meledak 19 gol keseluruhan.

Penyerang mereka iaitu Herlison Caion muncul selaku salah seorang penjaring terbanyak setakat ini setelah pemain kelahiran Brazil tersebut sudah pun meledak sembilan gol secara keseluruhan.

Kelibat beliau pastinya akan terus ditagih Feichtenbeiner untuk memburu gol dalam aksi malam ini bertemu JDT yang dilihat sangat ampuh pertahanan mereka apabila hanya bolos tiga gol daripada enam perlawanan.

Berbekalkan kemenangan besar 7-0 ketika menewaskan Sarawak United baru-baru ini, pengendali tersebut melihat para pemain kini berada dalam motivasi terbaik mereka untuk aksi menentang JDT sekali gus, mencipta kejayaan seterusnya.

Menurut pengendali tersebut, prestasi para pemain kini berada dalam keadaan terbaik untuk diturunkan dalam senarai kesebelasan utama malam ini menerusi sesi latihan sebelum itu.

Beliau juga mahu pastikan para pemain yang beraksi malam ini mampu mengikuti pelan diatur untuk memastikan pasukan lawan tidak sewenang-wenangnya mencerobohi kawasan mereka.

Feichtenbeiner juga mengakui jentera serangan JDT yang diketuai oleh Bergson da Silva sangat berbahaya musim ini dan sebarang kesilapan di bahagian pertahanan bakal membawa padah.

“Pemain ketika ini bermain cukup cemerlang malah mampu menghasilkan jumlah gol yang banyak pada pertemuan menentang Sarawak United baru-baru ini.

“Kita akan berikan yang terbaik dan berharap dapat terus mengekalkan corak permainan konsisten ketika bertemu JDT malam esok,” katanya menerusi Arena Metro.

Untuk rekod pertemuan kedua pasukan ini musim lalu di Stadium Sultan Ibrahim, masing-masing terikat seri dengan satu jaringan dengan aksi sengit ditampilkan sepanjang perlawanan.

Selain perlawanan di atas padang, kedua pasukan ini juga dilihat mempunyai hubungan agak tegang apabila para penyokong masing-masing melancarkan perang psikologi di media sosial.

Jika Selangor menang malam ini, pasukan tersebut berpeluang untuk memperbaiki kedudukan liga dengan meminta Kedah Darul Aman (KDA) di tangga ketika untuk berkongsi 14 mata.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN