Pemain tengah, Mahmoud Al-Mardi mengetuai amukan Kedah di Stadium Kapten I Wayan Dipta, Bali untuk menewaskan pendahulu Kumpulan G, Piala AFC 2022, Visakha FC 5-1 untuk mara ke separuh akhir zon Asean.
Aksi babak pertama menyaksikan Kedah kembali ke dalam permainan selepas ketinggalan satu gol di minit ke-20 hasil jaringan Faeez Khan yang telah menanduk masuk sepakan percuma yang diambil oleh Teath Kimheng.
Kedah sebenarnya menguasai permainan, namun masalah di jentera serangan menyaksikan Ngah Wanja yang diletakkan sebagai penyerang tunggal gagal memberikan impak seperti ketika mereka membenam Kaya FC 4-1 dalam perlawanan kedua kumpulan tempohari. Malah, beliau melepaskan peluang terbaik mendahului aksi.
Pada minit ke-12, Ngah Wanja berjaya mendapatkan penalti apabila dijatuhkan penjaga gawang lawan, Keo Koksela namun, sepakan yang diambilnya jauh melepasi palang gol Visakha untuk Kedah menggigit jari.
📋 LINE-UPS | 🇲🇾 Kedah Darul Aman 🆚 Visakha FC 🇰🇭
😯 Kedah must win to keep their #AFCCup2022 hopes alive
🎯 Visakha aim to become the first Cambodian club to reach the KO Rounds
🤨 Who will be celebrating at full-time?
📺 Watch 𝗟𝗜𝗩𝗘: https://t.co/HPs7YiKdri #KDAvVSK pic.twitter.com/MOHiDvTuSh
— #AFCCup (@AFCCup) June 30, 2022
Al-Mardi yang dilihat menjadi perancangan utama Kedah pula tampak seakan-akan terlalu obses melakukan percubaan berbanding hantaran ke kawasan gol. Tetapi, beliau masih berjaya membantu Kedah bangkit.
Minit ke-28, Al-Mardi melakar jaringan penyamaan buat Kedah selepas percubaan sebelumnya digagalkan Visakha. Hantaran Dechi Marcel dimanfaatkannya di depan gawang lawan dengan sentuhan mudah.
Lima minit kemudian, hasil hantarannya gagal disudahkan Ngah Wanja yang melakukan rembatan tersasar.
Faeez hampir meledak gol kedua Blue Horse dan dirinya, namun tandukkannya sedikit tersasar di minit ke-43.
GOL!!! Mahmoud Al-Mardi 45+2'
Kedah DA 2-1 Visakha
Kumpulan G AFC Cup 2022 pic.twitter.com/dcDoQHVuQj
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) June 30, 2022
Di penghujung babak pertama, Sang Kenari mula membuka sayap untuk mendahului aksi apabila sekali lagi Al-Mardi menampilkan sentuhan magisnya buat Kedah menerusi sepakan percuma dari luar kotak penalti.
Mendahului aksi babak pertama, pengendali, Aidil Sharin Sahak memasukkan wira dalam aksi berdepan Kaya, Fayadh Zulkifli menggantikan Aiman Afif yang tenggelam di babak pertama. Ia membuahkan hasil apabila kehadiran dan kelicikan Fayadh tampak memberi banyak masalah kepada Visakha di sebelah kiri mereka.
Al-Mardi melengkapkan hatriknya dengan jaringan ketiga buat Kedah pada minit ke-54 selepas menerima hantaran cut-back Fayadh ke tengah kotak penalti. Beliau yang tidak dikawal melepaskan rembatan deras.
GOL!!! Ngah Wanja 76'
Kedah DA 5-1 Visakha
Kumpulan G AFC Cup 2022 pic.twitter.com/X5VeeoXyUd
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) June 30, 2022
Fayadh terus memberikan masalah buat lawan apabila meledak gol ke-4 untuk membawa Kedah memimpin saingan Kumpulan G apabila telah menewaskan Koksela selepas menerima hantaran rendah Ngah Wanja.
Pengendali Blue Horse, Lee Tae-hoon membuat dua pertukaran dengan memasukkan penyerang dan kapten pasukan, Keo Sokpheng dan Ky Rina, namun ia tidak cukup untuk membendung amukan Kedah. Gol ke-5 Kedah berjaya dicipta oleh Ngah Wanja hasil gerakan solonya dari tengah padang sebelum menewaskan Koksela.
Ketajaman Al-Mardi dan keberkesanan kemasukkan Fayadh menjadi kunci kejayaan amukan Kedah malam ini.
Dengan kemenangan besar ini, Kedah berjaya mara ke separuh akhir Piala AFC 2022 zon Asean selaku juara kumpulan, untuk menemani KL City FC yang turut mara sebagai pasukan di kedudukan kedua terbaik.