Piala AFC: KL City Diikat PSM Makassar Dalam Aksi Pembukaan

Hasrat Kuala Lumpur City (KL City) memulakan aksi kumpulan H Piala AFC dengan langkah kanan tidak kesampaian, apabila sekadar seri tanpa jaringan berdepan wakil Indonesia, PSM Makassar dalam aksi di stadium Bolasepak Kuala Lumpur.

Babak pertama menyaksikan penguasaan seimbang oleh kedua-dua pasukan yang memburu gol pendahuluan awal.

Pelawat terlebih dulu menguji gawang KL City pada minit 10 menerusi kapten mereka, Wiljan Pluim yang melepaskan rembatan daripada luar kotak penalti yang tersasar.

Kapten KL City, Paolo Josue kemudian mula menguji benteng Makassar menerusi percubaan daripada luar kotak penalti pada minit ke-20 dan 23 namun, kedua-dua percubaan itu gagal menepati sasaran.

Wira final Piala Malaysia musim lalu, Romel Morales turut berpeluang meraih gol pada minit ke-32 selepas menerima hantaran silang Kevin Koubemba, tetapi pertahnan Makassar Safrudin Tahar melakukan hadangan yang baik.

Selang tujuh minit, Koubemba pula menerima umpanan Morales tetapi dihampakan dengan rembatan yang sedikit tersasar daripada gawang Makassar.

Tiga minit menuju rehat, pemain sayap Makassar, Yakob Sayuri melakukan lencongan yang hampir menewaskan Azri Ghani namun, ia sekadar singgah ditiang tuan rumah.

Masuk babak kedua, skrip sama dipamerkan kedua-dua pasukan meskipun skuad Warga Kota tampak lebih mendominasi bahagian tengah berbanding Makassar.

Bojan Hodak kemudian memasukan penyerang veteran, Safee Sali bersama-sama dengan Ryan Lambert bagi mencari variasi baru dalam permainan pasukannya.

Walaupun kemasukan kedua-dua pemain itu memberi impak positif, namun gol yang dicari tetap gagal kunjung tiba buat KL City dan mereka terpaksa berpuas hati dengan keputusan seri.

KL City kini perlu mengharapkan aksi kedua kumpulan H antara Makassar dan Tampines Rovers mampu memberi impak positif buat mereka sebelum berdepan kelab Singapura itu pada 30 Jun.

Sudah pasti Hodak akan menumpukan perhatian kepada keberkesanan jentera serangan pasukannya sebelum berdepan Tampines dalam aksi yang wajib menang jika mahu meneruskan kemaraan ke peringkat kalah mati.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN