Kedah Darul Aman (KDA) bakal mengharungi perlawanan terakhir mereka malam ini untuk menentang wakil dari Kemboja, Visakha FC dalam aksi peringkat Kumpulan G, Piala AFC 2022.
Daripada dua perlawanan dihadapi setakat ini, KDA telah mencatat satu kekalahan dan satu kemenangan dan bakal membuat perhitungan bersama Visakha malam ini untuk menentukan sama ada mereka layak atau tidak mara ke pusingan seterusnya.
⚔ MATCHDAY ⚔
A final match #AFCCup2022 group stage! 🔥
Doakan kejayaan buat pasukan Sang Kenari! Pulun Kedah Pulun! #AFCCUP2022 💪 pic.twitter.com/hFDu5GBHfX
— KEDAH DARUL AMAN FC (@kda_fc) June 30, 2022
Setelah tampil dengan aksi longlai ketika menentang Bali United pada perlawanan pertama sehingga merekodkan keputusan tewas, kelab bawah kendalian Aidil Sharin Sahak itu berjaya mempamerkan aksi kebangkitan dalam perlawanan kedua mereka.
Pada aksi lalu, KDA berjaya menewaskan wakil dari Filipina iaitu Kaya Ilo FC dengan kemenangan besar 4-1 untuk kembali menghidupkan peluang mereka dalam saingan tersebut.
Ada tiga faktor mengapa KDA bakal melakar kemenangan kedua mereka dalam saingan peringkat Kumpulan G, Piala AFC 2022 malam ini.
Persefahaman pemain
Dalam perlawanan baru-baru ini ketika menewaskan Kaya Ilo, anak-anak buah Aidil Sharin dilihat berjaya mencapai persefahaman yang baik dalam corak permainan.
KDA dilihat bermain dengan lebih baik menerusi sistem hantaran pendek serta berjaya menguasai perlawanan sehingga wisel penamat dibunyikan.
Kerjasama di bahagian tengah juga menyaksikan lawan sukar untuk merampas bola dan menyusun gerakan berbanding KDA yang lebih dominan untuk mengatur serangan.
Jangkaan malam ini juga, persefahaman tersebut bakal terus meningkat serta tidak banyak perubahan dibuat dalam kesebelasan utama.
Pemain import mula pamer taring
Jika diimbas pada perlawanan pertama lalu, gandingan sesama pemain import jelas dilihat tidak meninggalkan banyak impak dalam pasukan di segenap posisi.
Namun dalam perlawanan kedua menentang Kaya Ilo, jelas barisan import KDA berada dalam kelas tersendiri untuk mengukuhkan skuad tersebut dalam permainan di atas padang.
Ronald Ngah Wanja 💚💛🙌#KDAFC #PulunKedahPulun #SangKenari #BiarJasaJadiKenangan #2022season #afccup2022 #groupG pic.twitter.com/geF3ZrDMZz
— KEDAH DARUL AMAN FC (@kda_fc) June 30, 2022
Pemain seperti Ronald Ngah Wanja, Mahmoud Al-Mardi, serta Sanrawat Detchmitr dilihat bakal memberi masalah buat pertahanan lawan malam ini berdasarkan prestasi semasa mereka serta mempunyai motivasi tinggi untuk mencatat kemenangan seterusnya.
Kebolehan Aidil Sharin dari tepi padang
Pengendali dari Singapura ini sudah pun berada bersama kelab sejak tahun 2019 dan telah merasai segala pahit manis bersama para pemain.
Setelah gagal musim lalu untuk beraksi di Piala AFC kerana dibatalkan, Aidil pastinya enggan melepaskan peluang tahun ini untuk membawa nama kelab ke peringkat lebih tinggi.
Sesi latihan terakhir di bumi Bali menjelang aksi terakhir Kumpulan G esok. Latihan rasmi pasukan petang ini digunakan sebaiknya untuk memperbaiki kelemahan aksi lepas selaras dengan misi untuk memburu kemenangan penting malam esok.
Doakan kejayaan pasukan Sang Kenari! pic.twitter.com/Y5CoukurgO
— KEDAH DARUL AMAN FC (@kda_fc) June 29, 2022
Selain berkebolehan selaku jurulatih pasukan, Aidil juga dilihat sebagai seorang jurulatih yang bijak memainkan peranan untuk menaikkan motivasi para pemain melalui nasihat-nasihat dari tepi padang.
Kelebihan itu dilihat bakal terus meniupkan semangat buat para pemain untuk berjuang malam ini demi mengharumkan nama negeri dan negara agar bermain dengan baik dalam saingan tersebut sekali gus melakar keputusan lebih positif.
Kredit foto: Kedah Darul Aman