Piala AFC B-19: Harimau Malaya Bakal ‘Simpan Taring’ Pada Aksi Bertemu Laos

Pengendali skuad kebangsaan bawah 19 (B-19), Hassan Sazali Waras memberi bayangan bakal menurunkan pemain simpanan menjelang perlawanan seterusnya menentang Laos dalam aksi terakhir peringkat Kumpulan B saingan Piala AFF B-19 2022.

Perkara tersebut dilihat bakal menjadi kenyataan apabila Hassan menyatakan beliau mahu merehatkan para pemain sebelum itu serta tidak mahu memberi sebarang tekanan pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan tersebut esok.

Menurut Hassan, tujuan beliau membuat perkara tersebut bukan sahaja dapat memberi rehat buat para pemain utama sebelum itu, tetapi tiket ke separuh akhir sudah pun digenggam mereka dan tiada tekanan perlu diberi untuk aksi tersebut.

Jelas perlawanan esok boleh disifatkan skuad muda kebangsaan ini seolah menyimpan kekuatan penuh mereka dan bakal tampil dengan lebih bersedia bagi aksi separuh akhir akan datang.

“Saya lebih berfikir pada kadar rehat pemain khususnya yang sudah terbabit dalam setiap perlawanan. Jadi untuk perlawanan terakhir ini yang menentukan sama ada kita juara ataupun naib juara, saya tidak mencari kemenangan.

“Saya tidak mahu memaksa pemain sampai mereka tidak mendapat rehat yang secukupnya,” katanya selepas menyaksikan skuad kendaliannya membenam Timor Leste 4-3 dalam perlawanan ketiga kumpulan malam tadi menerusi Arena Metro.

Dalam masa sama, pengendali tersebut mengakui ada barisan pemain yang mengalami kecederaan dan kini beliau bersama pegawai perubatan kelab sentiasa memantau tahap mereka untuk dinilai sama ada sudah pulih atau belum.

“Ada sedikit (kecederaan) tetapi kita akan memeriksa mereka dengan teliti untuk mendapatkan maklumat sebenar mengenai status terkini pemain.

“Tetapi saya percaya aksi separuh akhir akan menjadi lebih sengit kerana ia menampilkan empat pasukan yang terbaik dalam setiap kumpulan,” katanya.

Tambah beliau, beberapa kelemahan yang dikesan dalam perlawanan sebelum ini bakal diatasi segera sebelum aksi separuh akhir tiba dengan mengakui keadaan posisi pertahanan agak goyah ketika perlawanan menentang Timor Leste.

“Pemain nampak lebih berkeyakinan dalam perlawanan demi perlawanan selain menunjukkan semangat untuk membantu pasukan mencapai kemenangan

“Cuma apa yang merisaukan kita adalah di barisan pertahanan kerana walaupun kita dapat menjaringkan gol tetapi kita masih dibolosi dengan cepat,” terang Hassan.

Untuk aksi pada hari esok, Malaysia perlu mencatat kemenangan untuk mengesahkan kedudukan selaku juara Kumpulan B bagi mengelakkan mereka bertemu juara Kumpulan A yang dilihat sukar.

Untuk Laos pula, pasukan tersebut hanya perlu mengesahkan seri sahaja pada perlawanan malam esok bertemu Malaysia.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN