11 Tahun Jadi Gelandangan Di Milan Hanya Kerana Ke Tandas Selepas Tamat Menonton Aksi UCL

Salah seorang penyokong dari Switzerland terpaksa menjadi gelandangan selama 11 tahun di Milan hanya kerana beliau tersesat selepas menonton aksi dalam saingan Champions League.

Lebih menyedihkan lagi, beliau tersesat kerana pergi ke tandas selepas tamat perlawanan tersebut, dan hanya kerana itu beliau terpaksa menjadi gelandangan selama lebih 11 tahun.

Ya, ia merupakan kisah benar yang berlaku kepada seorang penyokong veteran dari Switzerland yang terpaksa melalui pengalaman sangat menyedihkan sebagai penyokong.

Pada Ogos 2004, FC Basel berkunjung ke San Siro untuk beraksi bertemu Inter Milan dalam saingan Champions League.

Inter Milan pada ketika itu berjaya mencatatkan kemenangan 4-1 bertemu Basel dengan Adriano (2), Alvaro Recoba dan Dejan Stankovic mencatat nama sebagai penjaring gol dalam perlawanan tersebut.

Penyokong FC Basel, Rolf Bantle yang ketika itu berusia 60 tahun merupakan salah seorang dari 50,402 penyokong yang ada di stadium pada ketika itu.

Selepas melihat pasukan kesayangan beliau dibelasah dalam perlawanan tersebut, nasib Bantle sepertinya semakin memburuk dan menyedihkan.

Bantle ketika itu memilih untuk pergi ke tandas dan ketika beliau keluar dari tandas, beliau sedar yang semua rakan-rakannya sudah hilang.

Beliau juga tersesat dan sama sekali tidak berjaya menemui rakan-rakan beliau yang turut datang dari Switzerland.

Dengan beliau juga mempunyai masalah kekurangan dana dan beliau juga agak sukar untuk menghubungi rakan-rakannya, Bantle sepertinya tiada pilihan lain selain meninggalkan stadium dan pergi ke bandar Milan.

“Saya dengan tiba-tiba berada di sektor berbeza (dalam stadium).”

Jelas Bantle kepada Schweiz am Soontag menurut goal.

“Saya hanya ada €20 dalam poket saya dan saya ke Milan dengan tidak membawa telefon.”

“Orang beri saya makanan dan rokok, dan salah seorang pelajar tawarkan sleeping bag kepada saya.”

Bantle tidak mempunyai saudara dengan beliau tinggal bersama rakan-rakan di Laufelfingen di Basel sebelum beliau ke Milan.

Kumpulan penyokong Barcel turut membuat laporan tentang kehilangan beliau dengan pihak berkuasa mengambil masa yang panjang untuk mencari Bantle.

Bantle walau bagaimanapun memilih untuk tidak mahu pulang ke Switzerland kerana beliau rasa lebih selesa menjadi gelandangan.

“Tak ada sebab untuk saya pulang ke rumah. Saya menikmati kebebasan di Milan.”

jelas Bantle.

Bantle berjaya ditemui pada tahun 2015 yang lalu selepas beliau dimasukkan ke hospital di Milan.

Memandangkan beliau tidak mempunyai identiti sebagai warganegara Itali, maka pihak kerajaan Switzerland segera menemui beliau di Hospital.

Beliau kemudiannya di bawa pulang ke Switzerland untuk menjalani rawatan dan selepas keluar hospital, beliau tinggal di pusat jagaan orang-orang tua.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN