Kedah Darul Aman (KDA) akhirnya bakal membuat perhitungan pertama mereka dalam aksi Piala AFC peringkat Kumpulan G bagi menentang tuan rumah, Bali United malam ini di Stadium Capt.1 Wayan Dipta, Bali.
Dengan segala persiapan yang dilakukan sebelum itu, KDA pastinya ingin bermula dengan langkah kanan agar motivasi pasukan meningkat untuk mengharungi perlawanan seterusnya berdepan dua lagi kelab lain.
SEPAKMULA PIALA AFC 2022 KUMPULAN G BERMULA ESOK!
Kejohanan Piala AFC 2022 Kumpulan G akan bermula esok melibatkan KDA FC bersama pasukan tuan rumah Bali United FC, Kaya Iloilo FC dan Visakha FC! pic.twitter.com/6L3A4LYXdH
— KEDAH DARUL AMAN FC (@kda_fc) June 23, 2022
Tampil selaku naib juara Liga Super musim lalu, KDA jelas ingin membuktikan sesuatu buat para penyokong apabila mereka memperkuatkan pasukan dengan menandatangani dua tonggak import baharu iaitu Sanrawat Detchmitr dari Thailand serta pemain kebangsaan Jordan, Mahmoud Al-Mardi.
SELAMAT DATANG MAHMOUD AL-MARDI!
Berjuanglah sejiwa murni Mahmoud!
BIODATA PEMAIN
Nama penuh: Mahmoud Nayef Ahmad Mardi
Umur: 28 tahun
Tempat lahir: Aqaba, Jordan
Ketinggian: 180cm
Posisi: Pemain Tengah pic.twitter.com/5zaycv0okH— KEDAH DARUL AMAN FC (@kda_fc) June 20, 2022
Sebelum itu, mereka telah menggugurkan khidmat dua pemain import disebabkan masalah kecederaan dialami iaitu Dennis Buschening dari Thailand serta pemain Kore Selatan yang beraksi di posisi pertahanan, Jang Suk-won.
Aidil Sharin Sahak selaku pengendali KDA mengakui pertemuan awal menentang Bali United malam ini merupakan sesuatu yang sangat mencabar buat pasukan kendaliannya kerana reputasi kelab lawan dilihat cukup baik setakat ini dalam saingan liga domestik.
“Ini adalah ujian besar dan mencabar yang harus kami lalui dan ia tidak mudah buat kami berdasarkan reputasi dan pencapaian tuan rumah.
“Selaku juara Liga 1 Indonesia, sudah pasti mereka membawa aura berkenaan pada perlawanan pertama nanti. Namun sebagai jurulatih, saya tidak mahu pasukan terlalu memikirkan kehebatan pihak lawan sehingga memberi tekanan buat kami dalam memburu kemenangan.
“Sebaliknya saya yakin dengan segala persiapan yang telah kami rancangkan sebelum ini, kami mahu turun beraksi dengan penuh berkeyakinan, bersemangat dengan fokus mencari kemenangan pada satu demi satu perlawanan yang akan dihadapi terlebih dahulu tanpa terlalu memikirkan target keseluruhan dalam kumpulan G,” kata Aidil menerusi Berita Harian.
Dalam masa sama, pengendali dari Singapura itu jelas sangat lega dengan kehadiran tonggak penyerang KDA iaitu Ronald Ngah Wanjah dalam kem pasukan setelah pemain dari Cameroon itu mengalami masalah visa sebelum ini.
Day 2 #AFCCUP2022: Ngah Wanja first day in Bali! Sebelum ini penangguhan dokumen perjalanannya menyebabkan beliau tiba di Bali sedikit lewat dari rakan sepasukan yang lain. All is set guys, keep supporting Sang Kenari! pic.twitter.com/COCKY0FSSl
— KEDAH DARUL AMAN FC (@kda_fc) June 22, 2022
Penyerang tersebut setakat ini sudah meledak 7 gol dalam saingan Liga Super musim ini dan khidmatnya pasti amat ditagih Aidil untuk merobek gawang lawan sepanjang saingan Piala AFC ini berlangsung.
KDA juga dilihat memperkukuhkan posisi pertahanan mereka untuk saingan tersebut apabila menandatangani bekas pemain Melaka United iaitu Akmal Zahir untuk bersama-sama Marc Vales dan Rodney Celvin membentuk kombinasi terbaik bagi mengelak dibolosi lawan.
Selain Bali United, KDA bakal menghadapi dua lagi lawan mereka iaitu Kaya Ilo Ilo FC dari Filipina serta wakil Kemboja, Visakha FC dalam Kumpulan H.