FELDA United, JDT Diikat Lawan Masing-Masing Dalam Aksi Piala AFC

Piala AFC 2017 perlawanan kedua menyaksikan kedua-dua wakil negara terpaksa berpuas hati dengan keputusan seri.

FELDA United yang menerima kunjungan Hanoi FC yang merupakan juara Liga Vietnam, terpaksa menelan pedih apabila seri pada minit-minit akhir dalam perlawanan pertama B. Sathianathan untuk FELDA United di peringkat Asia.

Dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Shah Alam, Zah Rahan berjaya menjaringkan gol selepas rembatan jarak jauh beliau berjaya menerjah jaring pada minit ke-23.

Namun dengan keadaan padang yang basah serta becak membuatkan gerak permainan sedikit terganggu.

FELDA United yang berkira-kira untuk memungut 3 mata terpaksa akur apabila terpaksa berkongsi 1 mata selepas mereka bolos pada minit-minit akhir.

Satu lagi wakil negara iaitu Johor Darul Ta’zim (JDT) juga terpaksa berpuas hati dengan jaringan 1-1 selepas diikat oleh Magwe FC.

Tugas JDT pada awal lagi sudah menjadi sukar selepas pertahanan Hasbullah Abu Bakar dilayangkan kad merah selepas melakukan terjahan keras kepada pemain lawan.

R. Gopinathan meletakkan JDT dihadapan apabila penyudah beliau pada minit ke-27 berjaya menemui jaring.

JDT menghabiskan sebahagian besar perlawanan dengan bermain bertahan dan mereka bernasib baik kerana Magwe FC gagal menjaringkan gol walaupun mereka punya banyak peluang.

Gambar: JOHOR Southern Tigers

Namun akhirnya JDT bolos jua selepas Magwe FC berjaya menyamakan kedudukan pada 10 minit terakhir perlawanan menerusi percubaan Sekou Sylla pada minit ke-82.

Kemasukan Safiq Rahim dan Gabi Guerra juga tidak mampu memberikan kemenangan kepada JDT walaupun mereka berjaya menghasilkan beberapa serangan.

Baca juga: Baddrol & 4 Pemain Import Tercalon Dalam Anugerah Pemain Terbaik Bulanan PFAM-Asiana

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN