Kuala Lumpur City (KL City) mencatatkan kemenangan ke atas Tampines Rovers dalam perlawanan akhir peringkat kumpulan Piala AFC di Cheras.
KL City bermula garang dengan kemenangan besar hanya memberikan mereka tempat sebagai juara kumpulan.
Hasil permainan menekan pihak lawan dari awal permainan telah menghasilkan gol untuk KL City apabila Paulo Josue meletakkan tuan rumah di depan pada minit ke-16.
Gerakan kemas dalam kotak penalti oleh ketua pasukan Kuala Lumpur berjaya menewaskan penjaga gol Tampines untuk meletakkan tuan rumah di depan.
Tidak lama kemudian, Josue menggandakan jaringan untuk KL City dan peribadinya apabila menyumbat gol cantik.
Josue mendada bola hasil hantara lintang dari sebelah kiri dan kemudiannya melakukan satu voli pada minit ke-21.
GOL!!! sekali lagi Paulo Josue menjaringkan gol yang ke-2 buat KL City!!!
KL City 2-0 Tampines Rovers
Kumpulan H AFC Cup 2022#AFCCUP2022 pic.twitter.com/jj6DdvA2Eq
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) June 30, 2022
Gol itu persis jaringan James Rodriguez untuk Colombia ketika menentang Uruguay di Piala Dunia 2014.
Tampines yang tiada peluang untuk mara bagaimana pun hadir dengan misi untuk menyukarkan laluan KL City berjaya untuk mengurangkan defisit.
Boris Kopitovic menjaringkan gol pada minit ke-37 menerusi satu tandukan dari jarak dekat yang menumpaskan Kevin Mendoza.
GOL!!! Boris Kopitović
KL City 2-1 Tampines Rovers
Kumpulan H AFC Cup 2022#AFCCUP2022 pic.twitter.com/bIpBLvgDhW
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) June 30, 2022
Separuh masa kedua menyaksikan tuan rumah berusaha untuk mendapatkan gol ketiga namun usaha itu tidak pernah berhasil.
Josue mempunyai peluang untuk melengkapkan hatrik namun rembatan volinya melepasi palang gol.
KL City perlu berterima kasih dengan Mendoza yang begitu rancak menyelamatkan percubaan sekali-sekala Tampines di separuh masa kedua.
Andainya mereka bolos di saat leka menyerang, pastinya merentap momentum untuk mencari gol ketiga.
KL City gagal mendapatkan gol ketiga yang diperlukan untuk menjadi juara kumpulan dan nasib mereka kini ditentukan dengan perlawanan-perlawanan di lokasi lain termasuk aksi Kedah Darul Aman yang bertemu Visakha.
Secara keseluruhannya, KL City beraksi baik dan menyahut seruan untuk memburu kemenangan. Namun mereka tidak berjaya memateri nasib mereka sebagai juara kumpulan.
Keputusan penuh, KL City 2-1 Tampines Rovers.