Walau Sudah ‘Here We Go’ Chelsea Tetap Cuba ‘Hijack’ Richarlison Dari Sertai Tottenham Hotspur

Richarlison pada ketika ini sudah semakin hampir pasti bakal menyertai Tottenham Hotspur dari Everton dengan yuran perpindahan bernilai £50 juta.

Pakar perpindahan pemain, Fabrizio Romano melaporkan yang Tottenham Hotspur pada ketika ini sudah sah akan menandatangani Richarlison dari Everton.

Tottenham dan Everton sudah berjaya mencapai kata sepakat berkait rundingan perpindahan Richarlison pada jendela perpindahan musim panas ini.

Bintang Brazil itu sendiri juga turut sudah menyatakan persetujuan beliau untuk menyertai Tottenham Hotspur dengan beliau kini hanya menunggu untuk menjalani medical sahaja di Brazil.

Walau bagaimanapun, ketika kedua-dua pihak sudah mencapai kata sepakat berkait urusan perpindahan tersebut, Chelsea tampil mencuba nasib mahu mendapatkan pemain penyerang itu.

The Blues cuba memancing Everton agar menjual Richarlison kepada mereka berbanding Tottenham Hotspur.

Spurs menawarkan £50 juta kepada Everton untuk mendapatkan Richarlison sebelum ini dan The Toffees juga turut bersetuju dengan nilai tersebut.

Untuk memastikan usaha mereka membuahkan hasil, Chelsea dilaporkan telah menawarkan £60 juta kepada Everton agar melepaskan Richarlison kepada mereka.

Usaha Chelsea sepertinya hanya sia-sia kerana Richarlison kini sudah sah akan ke Tottenham Hotspur Stadium.

Pemenang pingat emas sukan Olimpik itu akan diumumkan sebagai pemain terbaru Tottenham Hotspur dalam masa terdekat ini.

Skuad kendalian Antonio Conte itu pada jendela perpindahan musim panas ini dilihat sangat bernafsu dalam mendapatkan pemain baru.

Menurut laporan Fabrizio Romano lagi, walau Spurs masih belum menyelesaikan urusan perpindahan melibatkan Richarlison, mereka pada ketika ini turut sedang dalam usaha mendapatkan seorang lagi pemain dari Barcelona.

Tottenham Hotspur dengan segera mengalihkan perhatian mereka untuk mendapatkan Clement Lenglet dari Barcelona sebaik selesai rundingan berkait Richarlison.

Barcelona juga sepertinya tiada masalah untuk melepaskan Clement Lenglet kepada Tottenham Hotspur pada jendela perpindahan musim panas ini.

Melihat kepada cara bagaimana Tottenham melalui jendela perpindahan musim panas ini, sepertinya tidak akan mengejutkan andai mereka bakal berjaya memenangi sesuatu pada musim baru nanti.

Spurs sangat terkenal sebagai sebuah kelab gergasi yang sudah lama tidak memenangi Piala, dan tentunya para penyokong mereka sangat berharap agar kelab akan mampu menjulang sekurang-kurangnya satu piala musim hadapan.

Antonio Conte sepertinya bakal memiliki skuad yang sangat mantap menjelang musim baharu nanti, dan jelas sekali beliau juga turut berharap akan mampu membantu kelab memenangi sesuatu.

Leave a Reply