Philippe Troussier Mahu Bawa Vietnam Ke Piala Dunia

Philippe Troussier

Pengendali baharu Vietnam, Philippe Troussier meletakkan sasaran untuk membawa negara tersebut menjadi wakil Asia Tenggara yang pertama layak ke saingan Piala Dunia.

Beliau yang baru saja diperkenal sebagai pengganti Park Hang-seo, mahu meneruskan momentum yang ditinggalkan oleh pengendali dari Korea Selatan itu dengan membawa Vietnam ke satu tahap yang lebih tinggi.

Menurut VNExpress, Troussier memasang impian yang lebih tinggi kerana mahu memastikan bola sepak Vietnam akan terus maju dan tidak menoleh semula ke belakang.

Beliau mahu mengambil kesempatan diatas keputusan FIFA yang meluaskan saingan Piala Dunia daripada 32 pasukan kepada 48 pasukan bermula dengan edisi 2026 yang akan diadakan di Amerika Syarikat, Mexico dan Kanada.

“Peluasan format Piala Dunia kepada 48 pasukan adalah peluang untuk Vietnam. Ini adalah sasaran yang kami sasarkan. Ini adalah sasaran tertinggi yang kami kejarkan.

“Semestinya, ianya amat tinggi untuk dicapai tapi bukanlah tak boleh dilaksanakan. Tetapi saya tak boleh buat secara sendiri, kerana saya cuma penunjuk jalan sahaja dalam perjalanan yang cukup mencabar ini,” ujar beliau.

Troussier seperti yang dilaporkan oleh Semuanya BOLA semalam, mengikat kontrak selama empat tahun dengan jurulatih daripada Perancis ini turut mengendalikan skuad B-23 mereka.

RASMI: Vietnam Lantik Philippe Troussier Ganti Park Hang-seo

Selain daripada melatih pasukan, Troussier mengatakan yang tugas beliau juga adalah untuk mendidik penyokong Vietnam.

“Sasarannya adalah untuk melatih pasukan, para pemain serta penyokong. Saya percaya jika kita semua mempunyai matlamat yang sama dan berikan usaha yang maksima, kita mampu lakukannya,” kata beliau.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN