Siapakah Yang Safawi, KPG & Wakil Malaysia Undi Di FIFA Football Awards?

FIFA Football Awards

Majlis FIFA Football Awards telah pun diadakan dengan kontijen Argentina menyapu majoriti daripada anugerah yang dipertandingkan.

Lionel Messi, Emiliano Martinez dan Lionel Scaloni antara nama-nama yang diangkat sebagai pemenang bagi anugerah masing-masing.

Jika anda belum mengetahui senarai penuh pemenang. Kami sediakannya di sini:

  • Pemain lelaki terbaik: Lionel Messi (Argentina & Paris Saint-Germain)
  • Pemain wanita terbaik: Alexia Putellas (Sepanyol & Barcelona)
  • Penjaga gol lelaki terbaik: Emiliano Martinez (Argentina & Aston Villa)
  • Penjaga gol wanita terbaik: Mary Earps (England & Manchester United)
  • Jurulatih lelaki terbaik: Lionel Scaloni (Argentina)
  • Jurulatih wanita terbaik: Sarina Weigman (England)
  • Anugerah Puskas: Marcin Oleksy (Poland & Warta Poznan)
  • Anugerah Fair Play: Luka Lochoshvili (Georgia, Wolfsberger AC & U.S. Cremonese)
  • Penyokong terbaik: penyokong Argentina

Siapa yang dipilih oleh wakil Malaysia?

Mekanisme undian untuk FIFA Best Awards ini adalah jurulatih, ketua pasukan dan wakil wartawan daripada setiap negara akan memilih tiga nama untuk setiap kategori yang dipertandingkan kecuali bagi Anugerah Puskas dan Anugerah Penyokong Terbaik.

Malaysia juga tidak terkecuali dalam hal ini. Ketua pasukan, Safawi Rasid, jurulatih Kim Pan-gon serta wartawan Ajitpal Singh Dhaliwal telah diberi mandat untuk memilih bagi negara kita.

Untuk kategori wanita pula, Steffi Sidhu, jurulatih Soleen Alzoubi serta Ajitpal dijadikan sebagai panel pemilih daripada Malaysia.

Tapi, siapakah yang menjadi pilihan mereka?

Jom lihat undian wakil Malaysia dalam senarai yang telah kami sediakan di bawah dengan nama paling kiri adalah pilihan pertama mereka:

Pemain lelaki terbaik

  • Safawi: Lionel Messi/Neymar/Kylian Mbappe
  • Kim: Lionel Messi/Kylian Mbappe/Neymar
  • Ajitpal: Lionel Messi/Kylian Mbappe/Achraf Hakimi

Pemain wanita terbaik

  • Steffi: Sam Kerr/Alex Morgan/Alexandra Popp
  • Alzoubi: Alexia Putellas/Alex Morgan/Sam Kerr
  • Ajitpal: Alexia Putellas/Alex Morgan/Ada Hegerberg

Penjaga gol lelaki terbaik

  • Safawi: Ederson Moraes/Alisson Becker/Emiliano Martinez
  • Kim: Emiliano Martinez/Yassine Bounou/Thibaut Courtois
  • Ajitpal: Emiliano Martinez/Yassine Bounou/Ederson Moraes

Penjaga gol wanita terbaik

  • Steffi: Sandra Panos Garcia-Villamil/Ann-Katrin Berger/Christiane Endler
  • Alzoubi: Merle Forhms/Sandra Panos Garcia-Villamil/Mary Earps
  • Ajitpal: Mary Earps/Merle Forhms/Sandra Panos Garcia-Villamil

Jurulatih lelaki terbaik

  • Safawi: Pep Guardiola/Lionel Scaloni/Carlo Ancelotti
  • Kim: Lionel Scaloni/Carlo Ancelotti/Pep Guardiola
  • Ajitpal: Lionel Scaloni/Didier Deschamps/Pep Guardiola

Jurulatih wanita terbaik

  • Steffi: Sarina Weigman/Emma Hayes/Bev Priestman
  • Alzoubi: Sonia Bompastor/Pia Sundhage/Sarina Weigman
  • Ajitpal: Sarina Weigman/Martina Voss-Tecklenburg/Emma Hayes

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN