Philippe Coutinho Tiada Dalam Senarai Skuad Liverpool Hadapi Man City

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp mengesahkan bahawa Philippe Coutinho tidak akan berada di dalam skuad Liverpool yang akan menentang Manchester City pada hujung minggu ini.

Perkara tersebut disahkan oleh pengurus berbangsa Jerman itu dalam satu sidang media di pusat latihan kelab berkenaan di Melwood sebentar tadi.

(Photo by John Powell/Liverpool FC via Getty Images)

Pemain antarabangsa Brazil berkenaan telah tidak beraksi dalam kesemua 5 perlawanan membabitkan pasukan Liverpool pada musim ini.

2 daripada perlawanan tersebut adalah perlawanan pusingan kelayakkan UEFA Champions League yang diadakan secara timbal balik menentang Hoffenheim.

Tanpa bintang Brazil berusia 25 tahun itu, Liverpool mencatatakan keputusan seri 3-3 menentang Watford pada hari pembukaan, menang 1-0 ke atas Crystal Palace sebelum meratah Arsenal 4-0 sebelum liga berehat untuk memberi laluan kepada perlawanan antarabangsa.

Keputusan merehatkan Philippe Coutinho diambil oleh Klopp selepas berbincang sendiri dengan pemain yang baru kembali dari tugasan antarabangsa bersama Brazil itu.

(Photo by Lucas Uebel/Getty Images)

“Kami berbual dan berbincang dengan baik sekali. Coutinho berada dalam keadaan bersemangat dan menjalani latihan dengan begitu bagus.”

“Tetapi saya perlu mengambil keputusan. Kami akan menempuh 7 perlawanan di dalam tempoh 3 minggu yang akan datang. Ini bermakna tidak ada masa yang cukup untuk latihan persiapan.”

“Sebelum Coutinho menyertai kem latihan pasukan kebangsaan di Brazil, beliau tidak berlatih selama 3 minggu di sini. Ini bermakna kami harus mempersiapkan Coutinho untuk keseluruhan musim. Ia adalah sukar disebabkan jadual perlawanan yang bakal kami tempuhi.”

“Oleh kerana itu, saya mengambil keputusan untuk tidak menyenaraikan Coutinho untuk berhadapan dengan City. 4 sehingga 5 hari seterusnya, kami boleh gunakan untuk latihan yang amat berguna untuk menyediakan Coutinho menghadapi baki musim bersama Liverpool.”

(Photo by Andrew Powell/Liverpool FC via Getty Images)

“Kami sudah mendapatkan semua data berkenaan latihan yang dijalani oleh Coutinho ketika bersama Brazil. Semuanya okay dan Coutinho beraksi 2 kali, 15 dan kemudian selama 20 minit”

“Kami juga boleh menggunakan Coutinho selama 20 minit atau lebih dalam perlawanan menentang City, tetapi ia adalah lebih relevan untuk tidak memberi tekanan kepada beliau buat masa ini.”

“Coutinho menyatakan persetujuan kepada saya, dan ia adalah satu perbincangan yang bagus dengan pemain ini.”

(Photo by Andrew Powell/Liverpool FC via Getty Images)

Klopp turut berpendapat Liverpool telah mengendalikan spekulasi perpindahan Philippe Coutinho ke Barcelona dengan baik sekali dan berpendapat hubungan baiknya dengan bekas produk akademi Santos itu masih bagus seperti sebelum ini.

Klopp menambah:

“Coutinho tiba pada Khamis lalu dan menerima kenyataan dan situasi ini 100%. Saya tidak perlu menjelaskan kepada beliau akan keadaan keseluruhan.”

“Coutinho adalah pemain yang sangat bagus yang mahu kembali cergas sepenuhnya  untuk beraksi bersama Liverpool.”

(Photo by Michael Regan/Getty Images)

“Kita tidak akan tahu sampai bila seseorang pemain akan beraksi untuk sesebuah kelab. Adakalanya kita mahu seseorang pemain itu dijual, dan ada masanya pemain memikirkan prihal masa depan mereka.”

“Itu adalah perkara normal dan saya tidak punyai masalah berkenaan hal itu,” jelas Klopp menutup isu yang menyelubungi Philippe Coutinho.

Sumber:

1. BBC Sport (2017): Philippe Coutinho: Liverpool midfielder to miss Manchester City match; http://www.bbc.com/sport/football/41203881

2. Glenn Price, ESPN FV (2017): Philippe Coutinho out of Liverpool’s game with Man City to work on fitness; http://www.espnfc.com/liverpool/story/3198898/philippe-coutinho-left-out-of-liverpools-game-with-man-city-to-work-on-fitness

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN